Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 23 DARIPADA 27

Nyanyian pujian Maria dalam Lukas 1:26-55 juga dikenali sebagai Magnificat (ay. 46-56). Perkataan “Magnificat” ialah perkataan Latin yang bermaksud, “jiwaku memuliakan Tuhan.” 

Ada kalanya kita tergesa-gesa membaca sepintas lalu bahagian Maria dalam cerita Krismas. 

Kita membayangkan Maria, menurut dan berhati lembut, berserah dengan lembut kepada berita malaikat Gabriel. Namun, berfikirlah tentang perasaan Maria. 

Berhenti sejenak untuk merenungi realiti itu. Seorang perempuan muda yang tidak memiliki apa-apa diberitahu bahawa ia akan hamil, bukan sebarang anak, tetapi anak Allah melalui Roh Kudus, sebelum ia berkahwin dengan tunangnya, Yusuf. 

Kita hanya dapat menganggap bahawa Maria betul-betul takut memikirkan keadaannya itu. Apakah fikiran tunangnya? Adakah keluarganya akan menjauhkan diri daripadanya? Komunitinya mungkin tidak mengakunya? Bagaimana seseorang membesarkan anak lelaki Allah? 

Rancangan Allah bagi Maria menghendakinya untuk membuka tangannya dengan penyerahan dan iman, dan dengan postur ketaatan itu, jiwanya memuliakan Allah.

Renungan: 

  • Biarlah realiti situasi Maria meresap ke dalam fikiran anda. Apakah perasaan anda jika anda meletakkan diri pada situasi Maria itu? 
  • Baca semula ayat 46-56. Apakah yang ditunjukkan oleh nyanyian Maria tentang posturnya terhadap Bapanya? Perspektifnya tentang hidupnya? 
  • Apakah yang diajar oleh respons Maria tentang menjalankan hidup dengan tangan terbuka?

Semoga hati anda melimpah hari ini semasa anda membuka tangan anda dengan beriman dan penyerahan kepada Allah.

Hari 22Hari 24

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV