Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel
Di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.
Berdasarkan CanadaHelps, orang Kanada hanya memberikan 1.5% daripada pendapatan mereka kepada badan kebajikan dan bilangan itu terus merosot setiap tahun. Kita memberi semakin kurang wang berbanding dahulu.
Maria, seorang perempuan bujang yang muda, hidup di Palestin abad pertama, tidak memiliki apa-apa pun. Kenyataan bahawa ia akan menjadi hamil melalui Roh Kudus tidak dapat dibayangkan bagi sesetengah orang dan memeranjatkan kepada kebanyakan orang.
Walau bagaimanapun, melalui perempuan muda yang membuka tangan dan hatinya secara setia kepada panggilan Allah inilah, Allah merancang untuk memulakan kerja penyelamatan dan pemulihan-Nya terhadap seluruh dunia ini.
Sepanjang beberapa bulan awal ketika pandemik COVID-19, kakitangan di pusat Compassion tempatan di Etiopia memastikan keluarga yang terangkum dalam program Compassion menerima bekalan yang diperlukan untuk kekal sihat sepanjang pandemik itu.
“Memberitahu mereka kepentingan membasuh tangan pada waktu ini tidaklah mencukupi jika kami tidak membekalkan barang yang diperlukan,” kongsi Tsege, pengarah pusat itu.
Sementara kakitangan pusat itu menjaga mereka, keluarga dalam program Compassion juga menjaga jiran mereka.
“Apa yang saya terima itu bukan sahaja menyelamatkan keluarga saya, tetapi saya akan berkongsinya dengan jiran saya. Pada waktu ini, jika jiran saya tidak berhati-hati, usaha saya tidak akan menyelamatkan saya. Kami saling menjaga satu sama lain. Sebuku sabun mencukupi untuk melindungi semua orang daripada virus itu” kongsi Tigist, seorang ibu dengan anak Compassion.
Pada musim Adven ini, semasa kita berfikir tentang lingkungan pelaburan wang dan masa kita, moga-moga kita mengingati penumpuan dan kesetiaan perempuan Yahudi muda yang bernama Maria. Semoga kita menemui cara untuk membuka tangan kita dan memberi meskipun kita tidak memiliki banyak harta seperti Tigist dari Etiopia.
Semoga kita memberi daripada limpahan kasih kurnia yang telah kita terima dalam Yesus.
Doa:
Yesus, saya mengakui bahawa harta saya kerap ditemui dalam perkara duniawi—perkara yang sementara dan akan berlalu. Saya ingin menetapkan mata saya pada perkara di atas dan melabur dalam perkara yang kekal dan demi kemuliaan-Mu. Tolonglah saya untuk menyerahkan keinginan saya kepada-Mu.
Berikan saya hati yang ingin berkongsi kelimpahan yang telah Engkau berikan kepada saya. Berikan saya mata yang mencari orang yang dalam kesusahan dan berilah saya tangan yang memberi secara rela. Moga-moga saya saya tidak berpaut pada apa yang telah diberikan kepada saya malah memberinya semula kepada-Mu secara rela. Biarlah saya mengamalkan postur kemurahan hati, menyedari bahawa seperti yang dinyatakan dalam Firman-Mu, kepada orang yang telah diberikan banyak, daripadanya akan dituntut banyak juga. Moga-moga hati saya dan harta saya ditemui dalam-Mu.
Amin.
Perihal Pelan
Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.
More