Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 20 DARIPADA 27

Bilakah kali terakhir anda benar-benar berlutut semasa berdoa? Tindakan ini mungkin rasa aneh, mungkin kekok, tetapi cubalah! 

Perhatikan bagaimana perubahan postur fizikal ini boleh menolong mengilhami dan memberikan maklumat tentang postur rohani anda.

Doa bertujuan mengubah kita. Doa bertujuan membantu kita mengamalkan postur penyembahan, kekaguman, penyerahan dan kemurahan hati di hadapan Allah. Memanglah penting untuk mengingati bahawa semua postur tersebut, termasuk penyerahan, bukanlah perkara sekali-dan-selesai. Semua postur tersebut melibatkan pembaharuan hati, tangan, dan tabiat yang berterusan di hadapan Allah.

Marilah kita berdoa.

Tuhan Yesus, saya mengaku bahawa dunia saya kerap berkenaan saya berbanding berkenaan Engkau atau orang yang Engkau tempatkan dalam hidup saya. Memanglah menggoda dan lebih senang untuk melindungi diri dan menjaga kepentingan sendiri, bukannya kepentingan orang lain. Namun, saya sedar Engkau meminta kami untuk menjalankan hidup budaya saingan, dan Engkau tidak meminta kami untuk melakukan apa-apa yang tidak Engkau lakukan sendiri.

Yesus, terima kasih kerana penjelmaan-Mu. Engkau memilih untuk menyertai kami dalam kekucar-kaciran dan keremukan dunia kami. Terima kasih kerana contoh yang Engkau tunjukkan kepada kami semasa Engkau menjadi hamba.

Yesus, tunjukkanlah cara saya harus mengamalkan penyerahan dan kerendahan hati. Bukalah mata saya tentang cara Engkau sedang menjemput saya untuk menyertai orang lain, melayani mereka, menjaga kepentingan mereka? 

Yesus, kami menanti-nantikan hari bila setiap lidah akan mengakui-Mu sebagai Tuhan demi kemuliaan Allah Bapa. 

Amin.

Hari 19Hari 21

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV