Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Petikan daripada kitab Filipi ini merupakan budaya saingan yang radikal. Kesengajaan diperlukan untuk tidak mengutamakan kepentingan diri tetapi menjaga kepentingan orang lain (ay. 4). Siapakah yang berbuat demikian?
Apakah rupa itu?
Kita hidup dalam budaya yang hiper-individualistik. Kita menjaga kepentingan diri. Kita menyimpan untuk masa depan kita. Kita bersuara untuk isu yang berkaitan dengan kita; supaya kita tidak menyakitkan hati orang lain.
Namun, dalam petikan ini, Paulus menjemput pengikut Kristus untuk jalan yang berbeza.
Petikan ini bermula dengan menyatakan dorongan kita: kesatuan dalam Kristus, penghiburan kasih-Nya, berkongsi dalam Roh, sifat lemah lembut dan belas kasihan (ay. 1).
Paulus berkata jika kita mengalami perkara tersebut, kita harus hidup secara berbeza. "Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri... Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri” (ay. 3-4).
Ini merupakan cara hidup yang berbeza secara drastik yang dimungkinkan oleh pengaruh penetapan minda Krsitus dalam hidup kita.
Apakah hasilnya?
"Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan" (ay. 11), dan lebih banyak orang akan tertarik kepada jalan budaya saingan Kristus ini.
Renungan:
- Apakah yang dikatakan oleh Allah kepada anda melalui petikan ini?
- Apakah yang menghiburkan anda dalam petikan ini? Apakah yang mencabar anda?
- Kepentingan siapakah yang anda jaga? Dari segi apakah anda boleh mula menjaga kepentingan orang lain?
Sementara anda mencari cara untuk menjaga kepentingan orang lain hari ini, anda akan membawa penghiburan dan kasih Yesus kepada orang lain di sekeliling anda.
Kitab
Perihal Pelan

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.
More