Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 18 DARIPADA 27

Krismas merupakan perayaan kelahiran Yesus. Krismas meraikan pilihan Dia untuk menjadi manusia dan menyertai kita dalam keremukan dan penebusan daging kita. 

Paulus, dalam suratnya kepada jemaat Filipi, menjemput kita untuk mengamalkan penetapan minda yang sama seperti Kristus yang "mengambil bentuk seorang hamba" melalui kerendahan hati dan inkarnasi.

Terjemahan Alkitab The Message menyatakan: “The Word became flesh and blood, and moved into the neighbourhood (Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita)” (Yohanes 1:14).

Perkara yang kita lihat dalam Yesus ialah semasa melayani orang lain, kehampiran dan keberadaan adalah penting. Penulis Ann Voskamp berkata, “Keberadaan mematahkan keremukan.”

Dalam keremukan dunia kita, contoh Yesus kepada kita ialah bersemangat inkarnasi, menyertai orang di sekeliling kita, menyertai orang yang berbeza daripada kita, menyertai orang yang menderita, menyertai orang yang sesat dan terpinggir. 

Yesus menanggung risiko. Dia bukanlah faham kemanusiaan kerusi empuk, dan Dia bukanlah Penyelamat yang bersikap menyendiri. Bagi Yesus, menjadi hamba bermaksud menyertai kita sepenuhnya.

Renungan:

  • Apakah maksud bersemangat "inkarnasi" kepada anda?
  • Apakah peluang yang anda ada untuk bersemangat inkarnasi dalam komuniti anda pada musim ini dan pada tahun akan datang?

Sifat seorang hamba ialah menyertai orang lain. Biarlah kehadiran anda, yang dipenuhi kasih Kristus, mematahkan keremukan hari ini.

Hari 17Hari 19

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV