Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 17 DARIPADA 27

Penyerahan dan kerendahan hati adalah tidak menyenangkan, terutamanya bagi orang yang menjalankan hidup yang selesa, berdikari, atau mampu diri. 

Namun, memanglah penting untuk mendukung ketidakselesaan itu. Mungkinkah ini sebahagian daripada apa yang dimaksudkan oleh Paulus dengan mengerjakan penyelamatan kita sendiri dengan takut dan gementar?

Kita semua pernah mengalami ini dalam sesetengah bentuk atau cara bersama-sama. Pada tahun ini, semasa kita menghadapi pandemik global bersama-sama, pengalaman individu kita mungkin berbeza, tetapi kita semua mengalami semacam ketidakselesaan sementara dunia ini berubah, dan kita terpaksa memeriksa gaya hidup, kewangan, keutamaan, dan mortaliti kita. 

Itu merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan dan masihlah demikian. Walau bagaimanapun, banyak antara kita boleh berkata, jika kita jujur, meskipun COVID-19 dan kesannya adalah sukar dan menyakitkan, mendukung ketidakselesaan itu juga membawa kita kepada pengajaran yang baru dan pemahaman yang lebih mendalam tentang kehadiran Allah. 

Dipaksa untuk merendahkan diri dan mengajukan soalan yang tidak menyenangkan tentang keutamaan kita dan hidup kita boleh membantu kita mengalami kehidupan yang kelimpahan yang ditawarkan oleh Yesus kepada kita dalam cara yang baru dan segar.

Apakah yang akan berlaku pada musim Adven ini jika kita memandang melewati permukaan cuti dan menyelami soalan yang tidak menyenangkan, mempercayai bahawa Allah akan memelihara kita?

Renungan:

  • Bersifat terus terang tanpa belas kasihan: dari segi apakah anda ialah teras dunia anda? 
  • Dari segi apakah Allah meminta anda untuk berserah kepada Dia pada musim ini?

Percayalah bahawa Allah sedang menyempurnakan anda melalui cabaran kehidupan sehari-hari dan bersyukurlah kepada Dia kerana cara kerendahan hati-Nya membentuk anda sekarang ini.

Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV