Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 13 DARIPADA 27

Doa ialah postur yang menjadi jemputan Allah kepada kita semasa kita rasa dunia menyelubungi kita. Semasa kita rasa dibebani realiti dunia kita yang berpecah belah. 

Keindahan doa ialah Roh Kudus berjanji untuk menjadi perantara kita dan Allah meskipun waktu kita tidak dapat mencari kata-kata yang betul. 

Yesus menjemput kita untuk membawa beban kita yang berat dan meletakkannya di kaki-Nya. Mungkin susah untuk berbuat demikian, atau kita masih rasa bimbang semasa kita menyerahkan kekhuatiran kita kepada-Nya, tetapi Dia berjanji untuk mengambil beban kita walau betapa besar pun beban itu. 

Yesus menjemput kita untuk berharap dalam kedaulatan-Nya. Itulah keindahan kurnia anak di palung itu. Dialah Imanuel—Allah menyertai kita. 

Marilah kita berdoa.

Yesus, saya mendekati-Mu, mengakui bahawa musim ini adalah mencabar. Saya mengakui bahawa ada kalanya saya tidak merasai sukacita dan jangkaan mulia kedatangan-Mu. Kadang-kadang saya rasa terharu kerana tahun yang telah berlalu. 

Kehilangan, kesedihan, kekeliruan, ketidakpastian, tetapi saya sedar, Tuhan, bahawa saya boleh mengatasi ketegangan kebaikan-Mu dan keberatan dunia ini tanpa kehilangan iman. 

Saya tahu, walaupun tidak masuk akal, Engkau masihlah baik. Saya berdoa agar, semasa saya bersedia untuk meraikan kedatangan-Mu, saya dipenuhi kedamaian dan jangkaan. Engkaulah Raja yang Agung, yang menampung semua beban, Raja Hebat yang mengangkat kepala saya ke arah syurga dan mengeluarkan kaki saya daripada tanah liat berpaya. 

Amin. 

Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV