Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 10 DARIPADA 27

Harapan ialah sesuatu yang aneh. Memanglah mudah untuk berharapan sehinggalah anda hilang harapan; mudah untuk berpaut pada harapan sehinggalah ada yang tidak kena. Harapan ialah perkataan yang menghiasi jurnal doa dan seni dinding kita. Harapan begitu meluas dalam budaya kita sehinggakan kita kehilangan keupayaan untuk berharap. 

Ibrani 6:19 memberitahu kita bahawa harapan yang kita miliki melalui Anak Allah, Yesus, ialah sauh kepada jiwa kita. 

Seperti sauh yang menambat kapal nelayan semasa ribut yang membadai, demikianlah harapan Kristus semasa dunia di sekeliling kita bergoncang. Apabila kita tidak memiliki jawapannya lagi. Semasa kita bersedia untuk berputus asa. 

Seperti Daud semasa anak lelakinya cuba menggulingkannya ataupun seperti Maria yang terkejut mendengar berita bahawa ia akan menjadi hamil dengan anak Allah dalam rahim daranya, kita dijemput untuk pautan kudus, berpaut pada Allah yang menjanjikan harapan sebenar dan kekal apabila dunia seolah-olah berkecai. Seperti sauh, harapan yang kita miliki melalui Kristus adalah teguh, hadir, dan tidak bergoncang. 

Renungan:

  • Bagaimanakah anda dapat mengubah harapan Kristus daripada idea yang baik dan abstrak menjadi tali keselamatan yang nyata ketika menghadapi kekeliruan dan kesusahan? 
  • Apakah postur hati anda pada musim Krismas ini yang menjejaskan keupayaan anda untuk berharap? 
  • Bahagian Alkitab yang manakah juga mengingatkan anda untuk berdiri teguh dalam harapan-Nya dan tetap mengangkat kepala anda ke arah harapan-Nya yang kukuh dan kekal?

Berpautlah pada harapan Allah hari ini, dan benarkannya untuk menjadi sauh kepada jiwa anda.

Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV