Postur Adven: Renungan Harian KrismasSampel

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

HARI 8 DARIPADA 27

Sesetengah hari dunia ini tidak rasa tenang dan cerah. Dunia ini rasa seolah-olah akan melerai. Segala-galanya menyakitkan, dan kita tidak dapat tahu sebabnya. 

Kita memandang di sekeliling kita untuk melihat jika ada apa-apa yang boleh menyelesaikannya atau memberikan jawapan bagi keremukan yang dirasai. Kita mengetepikan soalan tersebut kerana kita takut kita tidak dapat menemui apa yang dicari-cari, tetapi semuanya tidak sebaik yang diharapkan. Tiada apa-apa yang memuaskan.

Pemazmur Daud sering mempunyai perasaan yang sama. Dalam Mazmur 3, Daud menulis tentang pengalamannya dikelilingi musuh, setiap satunya meyakinkannya bahawa Allah telah mengabaikannya. Namun, Daud mengucapkan kebenaran ke atas dusta tersebut:

“Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN; Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku.” – Mazmur 3:3

Keyakinan Daud mengajar kita sesuatu yang berharga tentang Allah kita. Dialah Imanuel, Allah menyertai kita.

Allah menyertai kita dalam kesedihan, kesakitan dan keraguan.

Allah menyertai kita apabila kita tidak dapat menyanyikan korus penyembahan.

Allah menyertai kita apabila semuanya amat menyeksakan dan kita mengalami keadaan tandus.

Ini bukanlah walaupun tetapi kerana luka dan penderitaan kita, kita meraikan musim Krismas ini, kerana kita melayani Allah yang mengetahui penderitaan, Allah yang memulihkan segala sesuatu, Allah yang menjemput kita untuk membawa beban dan penderitaan kita dan menempatkannya di kaki-Nya.

Kauany dari Brazil menguasai maksud mengangkat kepalanya menatap Kristus sahaja di tengah-tengah pergelutan. Sejak umur tujuh tahun, doktor menemui sista berbarah yang asyik muncul dalam ovari, tulang belakang, paru-paru, dan buah dadanya bertahun-tahun. Walaupun segala sesuatu di sekelilingnya semakin buruk, Kauany menetapkan fikirannya pada Kristus.

“Saya betul-betul tidak faham mengapa Allah membenarkan saya jatuh sakit,” kata Kauany, “tapi saya tahu Dia baik, dan saya percaya Dia akan menolong saya untuk menjalankan hidup yang baik, walau berapa dekad pun saya akan hidup.” 

Beberapa tahun berlalu, Kauany terus mengangkat kepalanya melalui jatuh bangun dalam rawatannya bersama dengan keluarganya dan pusat Compassion. Pada tahun 2018, ia menerima berita yang mengubah hidupnya. Ia benar-benar bebas barah! 

Marilah kita terus mengangkat kepala kita untuk menatap-Nya dalam setiap keadaan. Dia setia menanggung ketakutan kita dan melakukan jauh lebih banyak daripada yang dapat kita minta atau bayangkan.

Doa: 

Yesus, ada kalanya penderitaan keadaan saya dan beban dunia di sekeliling saya menjadikannya sukar untuk melihat kebenaran. Kadang-kadang memanglah susah untuk mengangkat kepala saya untuk menatap wajah-Mu dan tidak memandang kekucar-kaciran di sekeliling saya. Ingatkan saya bahawa Engkau bersedia menolong saya pada masa kesusahan. Saya berdoa agar Engkau mengingatkan saya setiap hari bahawa kuk-Mu serba mudah, dan beban-Mu pun ringan. 

Amin.

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Postures Of Advent: A Daily Christmas Devotional

Bagaimana kita menetapkan postur kita pada musim Krismas menentukan pengalaman kita akan mukjizat Adven. Diilhamilah untuk berserah kepada Yesus, memfokus semula pada Dia, dan menerima kasih kurnia Raja kita dalam renungan harian selama 4 minggu ini semasa anda melalui lima postur yang berbeza: Memakukan Mata, Mengangkat Kepala, Membengkokkan Lutut, Membuka Tangan, dan Mendepangkan Tangan.

More

Kami berterima kasih kepada Compassion Canada kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://cmpsn.ca/YV