Karol: Renungan KrismasSampel
Malam Kudus (O Holy Night)
Mari sujud dengar kidung malaikat
Malam kudus, malam yang gemerlap
Malam kudus, malam Kristus lahir
Di tengah-tengah ketidaksempurnaan, malam Kristus dilahirkan dianggap sebagai malam yang paling sempurna dalam sejarah manusia. Allah telah menggunakan keadaan yang sukar (berjalan menunggang keldai dengan isteri yang mengandung) dan lokasi yang tidak selesa (tiada bilik hotel, tetapi kandang dengan palung sahaja) untuk menyambut kelahiran Anak-Nya yang sempurna dan kudus. Allah boleh membuat kelahiran Yesus dipenuhi sorakan riang, tetapi Dia memilih untuk tidak berbuat demikian.
Cara Allah membawa Anak-Nya ke dalam dunia ini adalah lebih kurang cara Dia bekerja dalam hidup kita. Sering kali, Allah mengambil ketidaksempurnaan dalam hidup kita dan menggunakannya untuk menyempurnakan kita. Allah suka mengubah parut fizikal dan emosi dan menggunakannya untuk menguatkan kita. Dia juga mahu kita untuk menggunakan apa yang kita pelajari daripada ketidaksempurnaan kita dan membantu orang lain yang mungkin bergelut dengan keadaan yang sama.
Yesus ialah cahaya untuk menyatakan Allah kepada semua bangsa, dan kita boleh memancarkan cahaya yang sama juga. Jangan biarkan ketidaksempurnaan anda untuk menghalang anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk menggunakan ketidaksempurnaan anda untuk membentuk anda menjadi orang yang telah dicipta-Nya, iaitu cahaya dalam dunia yang gelap. Serahkan kelemahan anda kepada Allah supaya Dia boleh mengubahnya menjadi kekuatan terbesar anda.
Soalan:
Apakah kelemahan yang anda perlu serahkan kepada Allah supaya Dia boleh menyempurnakan anda?
Dari segi apakah anda memandang diri sebagai cahaya untuk menyatakan kebenaran Allah kepada orang lain?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church