Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 18 DARIPADA 25

Ketika Anak Dilahirkan (When A Child Is Born)

…new hope, new life. Many things come to pass with the birth of a new child.
(...harapan baru, hidup baru. Banyak perkara berlaku dengan kelahiran anak yang baru.)
For a season, everyone, forgets their own weariness and own problems.
(Untuk satu musim, semua orang lupa akan keletihan dan masalah mereka.)
This tiny creature will change people’s lives…forever.
(Bayi kecil ini akan mengubah hidup kita...selama-lamanya.)


Pengumuman tentang kelahiran bayi pasti akan mengujakan sesebuah keluarga. Seperti seni kata lagu yang menyatakan, "...harapan baru, hidup baru. Banyak perkara berlaku dengan kelahiran anak yang baru. Untuk satu musim, semua orang lupa akan keletihan dan masalah mereka. Bayi kecil ini akan mengubah hidup kita...selama-lamanya."

Ibu yang mengandung mendapat perhatian, kerana biasanya kawan dan keluarga beria-ia mahu melibatkan diri dengan seluruh proses kehamilan ini sehingga kelahiran. Apabila tiba masanya, suara tangisan bayi baru lahir pasti akan mengesahkan kehidupan yang bertumbuh dan berkembang sepanjang sembilan bulan yang lalu, dan menghasilkan sukacita yang besar.

Keterujaan yang sama daripada kelahiran fizikal juga dialami semasa kelahiran rohani ketika kita meminta Kristus untuk menjadi Penyelamat peribadi kita dan Tuhan hidup kita. Sebenarnya, sekarang ini banyak orang meraikan hari jadi fizikal dan rohani kerana mereka memahami bahawa hari Kristus memasuki hidup mereka itu adalah sama penting dengan hari mereka dilahirkan di dunia ini.

Bayangkan sukacita yang nyata pada kelahiran Kristus kerana kelahiran fizikal-Nya akan mengubah bangsa manusia selama-lamanya. Kita boleh dilahirkan semula dari segi rohani kerana kelahiran fizikal-Nya. Yohanes 10:10 mengatakan, “Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan." Kita memiliki hidup yang baru kerana seorang bayi: Yesus. Semasa anda merenung pada musim Krismas ini, bersyukurlah kerana apa yang telah dilakukan oleh Allah dengan mengutus Anak tunggal-Nya supaya kita boleh mendapat hidup baru. Bersyukurlah kerana malam kudus ketika anak itu dilahirkan supaya kita boleh dilahirkan semula.

Soalan:

Apakah yang membawa kepada kelahiran rohani anda?

Apakah makna hidup baru dalam Kristus bagi anda?
Hari 17Hari 19

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan