Karol: Renungan KrismasSampel
Hai Kota Mungil Betlehem (O Little Town Of Bethlehem)
Hai kota mungil Betlehem, betapa kau senyap;
bintang di langit cemerlang melihat kau lelap.
Namun di lorong g'lapmu bersinar T'rang baka:
Harapanmu dan doamu kini terkabullah.
Betlehem ialah sebuah kota yang dianggap kecil dan tidak penting. Mikha 5 menggambarkan Betlehem sebagai "...kota yang terkecil di negeri Yehuda." Namun, Mikha menyatakan "daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa; asal usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba." Nyatanya, Yesus dilahirkan di Betlehem kira-kira 700 tahun kemudian.
Kepentingan Betlehem yang tidak penting tidak mungkin diperkecil. Allah suka bekerja secara luar biasa terhadap hal yang tidak mungkin dan tidak diendahkan. Memanglah mudah untuk berasa tidak dihargai dan tidak penting, tetapi orang seperti itulah yang akan digunakan oleh Allah. Berfikirlah tentang pelbagai cara yang Allah boleh menggunakan anda jika anda berserah kepada kehendak-Nya.
Sebenarnya, Betlehem mempunyai beberapa kepentingan sebelum kelahiran Yesus. Antara lain, Betlehem ialah tempat kelahiran Daud, wira dan raja Perjanjian Lama yang paling agung. Walau bagaimanapun, ini jugalah satu contoh lain tentang kedaulatan Allah yang luar biasa. Daud ialah anak bongsu Isai, yang menganggapnya anak yang tidak mungkin menjadi raja antara semua anaknya. Namun, Allah memandang melewati itu dan mengurapi Daud sebagai pemerintah Israel yang seterusnya. Sekali lagi, Allah bekerja dalam cara yang bertentangan daripada kebijaksanaan biasa manusia.
Kita cenderung memandang hidup dan keadaan kita menurut perspektif manusia. Apabila kita menyedari bahawa Allah bekerja dalam cara yang penuh misteri dan lebih tinggi daripada cara kita, kita akan menjadi lebih bersedia untuk digunakan oleh-Nya dalam cara yang mengujakan.
Sudah tentu, tiada hal yang lebih penting daripada kelahiran, kehidupan, kematian, dan kebangkitan Tuhan kita Yesus Kristus. Sukar dipercayai bahawa ia bermula pada satu malam yang sunyi di kota yang tenang. "Terang baka", "harapan dan doa" semuanya bermula di "...Kota Mungil Betlehem.”
Soalan:
Bagaimanakah anda pernah melihat Allah menggunakan orang dan peristiwa yang kelihatannya tidak penting dalam hidup anda dan hidup orang lain?
Pernahkah anda rasa tidak diendahkan? Apakah kesan perasaan itu terhadap anda?
Apakah tindakan yang akan anda ambil untuk membenarkan Allah untuk menggunakan anda secara luar biasa?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church