Karol: Renungan KrismasSampel
Hai Malaikat dari Syurga (Angels From The Realms Of Glory)
Hai malaikat dari sorga,
Sayapmu bentangkanlah;
Nyanyi di seluruh dunia:
lahir Kristus, Rajanya!
Sudah lahir Kristus Raja,
Mari sujud menyembah!
Perbuatan malaikat merupakan salah satu aspek cerita Krismas dalam Lukas 2 yang paling mengujakan. Pertama, malaikat menampakkan diri dengan tiba-tiba kepada gembala untuk mengkhabarkan berita baik tentang kelahiran Yesus (Lukas 2:9). Kemudian, seolah-olah itu tidak cukup mengejutkan, sepasukan besar malaikat muncul dengan tiba-tiba memuji-muji Allah (Lukas 2:13). Ini merupakan perayaan epik yang tidak kelihatan di bahagian Alkitab yang lain, dan ia tidak ditunjukkan kepada pegawai kerajaan, kelas atasan kota itu, atau golongan elit rohani, tetapi kepada gembala yang hina. Sesungguhnya ketegangan yang indah dan gambaran yang sempurna tentang kuasa Krismas. Berita yang terbesar yang mungkin diketahui oleh manusia! Perayaan itu dipimpin oleh malaikat yang hidup dalam hadirat sempurna Allah yang maha berkuasa, namun, mesej itu ditujukan kepada golongan yang hina dan remuk.
Karol yang lama ini ialah peringatan yang mudah tetapi berkuasa akan semua orang yang telah dijemput untuk meraikan dan memuji Yesus. Yesus ialah hadiah yang paling menakjubkan yang telah diberikan kepada kita. Allah sangat mengasihi kita sehinggakan Dia mengutus Anak tunggal-Nya untuk menjadi manusia supaya kita berpeluang berdiri benar di hadapan Allah yang kudus. Itulah kuasa Krismas, dan malaikat memahaminya. Gembala mengalaminya langsung. Orang majus mempercayainya. Mereka bukan sahaja menyertai perayaan penyembahan itu, malah memberikan ilham kepada orang lain untuk berbuat demikian kerana keterujaan dan penyembahan mereka. Pada Krismas ini, biarlah penyembahan kita menjadi begitu sejati dan mengujakan sehinggakan kita menarik orang lain untuk "Sujud menyembah Kristus Raja yang telah lahir!"
Soalan:
Bagaimanakah anda boleh meraikan dan menyembah Yesus sepanjang musim Krismas ini?
Bagaimanakah anda memberikan ilham kepada orang lain untuk berbuat demikian juga?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church