Karol: Renungan KrismasSampel
Hai Dunia, Gembiralah (Joy to the World)
Hai dunia, gembiralah
dan sambut Rajamu!
Isaac Watts menggubah “Joy to the World” pada tahun 1719. Sejak itu, setiap musim Krismas, para penyanyi karol mendendangkan kata-kata itu seperti tali keselamatan di lautan kemanusiaan. Setiap "ikan" pasti akan menemui sesuatu yang menarik dan berbaloi dikutil. Sinar pengharapan dalam mesej itu terurai untuk menyentuh dunia yang letih dengan harapan akan memakan sesuatu yang baik!
Sukacita datang ke dunia ini kerana Allah, Pencipta kita yang agung, sangat mengasihi ciptaan-Nya sehinggakan Dia mengutus Anak-Nya untuk menyatakan cerita-Nya, supaya dengan peredaran masa, sifat-Nya dan kehendak baik-Nya terhadap bangsa manusia akan disedari. Kesan kelahiran Kristus terhadap dunia ini tidak akan berkurang meskipun musuh cuba menghalangnya. Yohanes 21:25 menyatakan bahawa seluruh dunia ini tidak cukup untuk memuat semua kitab yang akan ditulis tentang perkara lain yang dilakukan oleh Yesus semasa berada di dunia ini. Sejak itu, banyak kesaksian tentang kasih-Nya yang mengubah hidup telah dituliskan dan akan terus dituliskan.
Nehemia 8 mencatatkan bahawa Nehemia, para pemimpin, dan umat meraikan Perayaan Pondok Daun dengan gembira, selepas berkongsi Firman Allah. Pada musim ini, kita juga boleh bergembira! Kita bergembira kerana kelahiran Penyelamat, tujuan-Nya dan warisan-Nya.
Soalan:
Apakah yang akan membuat anda gembira pada musim Krismas ini?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church