Karol: Renungan KrismasSampel
O, Datang Imanuel (O Come, O Come Emmanuel)
Bersoraklah, hai Israel
menyambut Sang Imanuel.
Berkali-kali, orang Israel mendapati diri mereka terpisah daripada Allah - selalunya kerana kelakuan mereka. Allah akan menyelamatkan mereka akhirnya, tetapi umat pilihan ini mengkhianati-Nya lagi. Maka, kita memerhatikan dua tema yang tetap dalam Perjanjian Lama:
Orang Israel, macam mana cara pun mereka mencuba, adalah tidak setia terhadap Allah.
Allah tetap setia dan menepati janji-Nya kepada mereka.
Melalui nabi-nabi-Nya, Allah telah membuat banyak janji. Yesaya 7:14 mengatakan, "Baiklah, Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepada tuanku: seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel.’" Nama Imanuel diterjemahkan sebagai "Allah menyertai kita." Ia merupakan janji yang luar biasa - Peribadi yang Terutama dan Pencipta Alam Semesta berjanji untuk menyertai orang yang terbukti tidak patut disertai itu.
Dalam salah satu lagu Krismas yang paling muram, “O, Datang Imanuel”, ada ketegangan di Israel. Mereka dibuang, terasing daripada Allah sekali lagi. Dengan perspektif yang muram, mereka memilih untuk bersukacita dalam janji Allah kepada mereka. Tiada apa-apa lagi untuk dipaut, di tengah-tengah keadaan terdesak dan kesepian, mereka mengingat kembali dan mengkhabarkan janji bahawa Allah akan menyertai mereka - menyedari bahawa, meskipun ketidaksetiaan mereka, Allah adalah setia terhadap janji-Nya.
Tiada orang menjangka bahawa seorang bayi di palung akan menjadi permulaan rancangan sempurna Allah untuk "menyertai kita". Walau bagaimanapun, demikianlah Allah menepati janji-Nya.
Adakah anda menantikan Allah untuk menepati janji-Nya? Adakah anda berasa sepi atau dibuang? Bersoraklah! Bersoraklah! Melalui Kristus, Allah telah menyertai kita. Kesetiaan-Nya adalah lebih besar daripada kegagalan kita. Hadirat-Nya ialah sebab kita perlu bersorak sekali lagi!
Soalan:
Memandangkan Allah ialah "Imanuel", bagaimanakah Allah menyertai anda pada musim cuti ini?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church