Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 11 DARIPADA 25

Saya Akan Pulang untuk Krismas (I'll Be Home For Christmas)

Christmas Eve will find me
(Hari sebelum Krismas akan menemui saya)
Where the love light gleams
(Di mana cahaya kasih bersinar)
I’ll be home for Christmas
(Saya akan pulang untuk Krismas)
If only in my dreams
(Walaupun dalam mimpi saja)


Istilah 'home (rumah)' didefinisikan sebagai: tempat tinggal; persekitaran yang biasa; tempat asal. Di manakah rumah kita?

Rumah kita ialah tempat kita menghabiskan sebahagian besar daripada masa kita semasa membesar dan membuat kenangan. Ia ialah tempat kita mengambil langkah pertama kita. Di sinilah kita belajar memandu. Tempat kita jatuh hati buat pertama kalinya. Ia ialah tempat kita menamatkan sekolah menengah dan kolej dan mungkin tempat kita menemui pasangan kita. Tempat kita berkembang menjadi diri kita sekarang ini. Bagi kita, rumah ialah tempat kita rasa senang dengan orang yang paling dikasihi. Ia ialah tempat di mana kita boleh menjadi diri sendiri tanpa berasa risau tentang dunia luar.

Betulkah? Berdasarkan Webster, rumah kita ialah tempat tinggal kita, tempat asal kita, tempat yang kita rasa biasa. Namun, berdasarkan 1 Petrus 2:11, rumah kita bukanlah di dunia ini:

"Sahabat-sahabatku, kamu seperti orang asing dan orang pelarian di dunia ini! Oleh itu, aku menggesa kamu supaya tidak menuruti hawa nafsu manusia, yang sentiasa berlawanan dengan jiwa."

Menikmati dunia ini tidaklah salah. Kita mempunyai kenangan dan pengalaman yang menakjubkan di tempat yang berbeza sepanjang hidup kita. Walau bagaimanapun, kita tidak dimaksudkan untuk berasa 100% selesa tinggal di sini. Rumah kita ialah bersama dengan Yesus di Syurga. Sehingga Dia berkata sudah tiba masanya untuk menyertai Dia, kita akan tinggal di sini. Walau betapa kita menyukai rumah duniawi kita pun, kita tidak akan berasa puas hati sepenuhnya. Pertimbangkan apa yang dikatakan oleh penggubah lagu Laura Story dalam lagu terkenalnya, Blessings:

"What if my greatest disappointments or the aching in this life is the revealing of a greater thirst this world can’t satisfy (Bagaimana kalau kekecewaan terbesar saya atau kesakitan saya dalam hidup ini sebenarnya mendedahkan kerinduan yang lebih besar yang tidak mungkin dipuaskan oleh dunia ini)."

Hanya Kristus boleh memuaskan. Hanya kehadiran-Nya dan kedamaian-Nya boleh membawa sukacita yang sejati dan tidak lancung. Hanya penghiburan-Nya boleh betul-betul menghilangkan kekecewaan dan malapetaka. Suatu hari nanti, kita akan menyertai-Nya. Bukan untuk Krismas sahaja tetapi selama-lamanya.

Sesungguhnya suatu hari yang dipenuhi sukacita.

Soalan:

Bagaimanakah anda boleh membenarkan Kristus untuk memuaskan anda dan memenuhi setiap keperluan anda pada musim Krismas ini, dan bukannya bergantung pada apa yang boleh diberikan oleh dunia ini?
Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan