Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 15 DARIPADA 25

Lagu Natal yang Pertama (The First Noel)

Then let us all with one accord
(Marilah bersama-sama)
Sing praises to our heavenly Lord
(Menyanyikan pujian kepada Tuhan)
That hath made Heaven and earth of naught
(Atas keajaiban ciptaan-Nya)
And with his blood mankind has bought.
(Dan untuk keselamatan yang disediakan melalui darah Kristus.
Noel, Noel, Noel, Noel
(Noel, Noel, Noel, Noel)
Born is the King of Israel!
(T’lah lahir Raja Israel!)


Diketahui ramai bahawa noël ialah perkataan Perancis untuk Krismas, tetapi tahukah anda tentang asal perkataan itu? Noël berasal daripada perkataan Latin natalis, memaksudkan "kelahiran." Oleh itu, tajuk him ini, bila diterjemahkan sepenuhnya, ialah "Kelahiran Pertama." Lagu ini ialah tentang cerita kelahiran, kelahiran Yesus seperti yang dibaca dalam Alkitab. Malaikat menampakkan diri kepada Yusuf dan Maria, memberitahu mereka, "Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka" (Matius 1:21).

Yesus datang untuk menyelamatkan kita daripada dosa kita. Itulah tujuan musim ini: mengingati kelahiran, dan kehidupan Yesus. Dia dilahirkan di sini, hidup di sini, mati di sini, dan dibangkitkan semula di sini, semua ini terjadi untuk membuka jalan baru untuk menjalinkan hubungan dengan Allah. Lagu ini mengingatkan kita tentang harapan keselamatan yang datang daripada kelahiran Yesus. Kita bukan sahaja meraikan kebaharuan hidup-Nya, malah juga peluang kelahiran baru yang ditawarkan kepada kita. Raja telah dilahirkan! Darah-Nya akan memperbaharui kita!

Walau apa pun dosanya, walau apa pun kekurangannya, walau apa pun kegagalannya, walau apa pun kelemahannya, seorang bayi telah dilahirkan, dan Dia datang untuk menyelamatkan anda.

Soalan:

Dalam lingkungan apakah anda memerlukan penyelamatan Yesus?

Bagaimanakah kelahiran-Nya dapat mengubah kehidupan kenalan anda pada musim cuti ini? Apakah yang akan anda lakukan berkenaan hal ini?
Hari 14Hari 16

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan