Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 14 DARIPADA 25

Lagu Natal (The Christmas Song)

Chestnuts roasting on an open fire,
(Buah berangan dipanggang di atas api,)
Jack Frost nipping at your nose,
(Jack Frost menggigit hidungmu,)
Yuletide carols being sung by a choir,
(Karol musim Krismas dinyanyikan koir,)
And folks dressed up like Eskimos.
(Dan kita mengenakan pakaian seperti orang Eskimo.)


Jika ada satu lagu yang membangkitkan "Semangat Krismas", inilah lagu itu. Ia membuat kita memikirkan lukisan Norman Rockwell. Ataupun, membayangkan kumpulan penyanyi karol yang muncul di depan pintu sementara kita menghidangkan sider epal baru dimasak yang sedap. Kita menghadiri parti di rumah kawan dan kebaktian di gereja. Tidak dilupakan juga, berkumpul bersama dengan ahli keluarga kita pada pagi Krismas sementara emping salji yang indah jatuh ke tanah.

Di tengah-tengah ilusi Krismas kita, anak kita meluru masuk ke bilik dan menjerit "Ibu!" atau "Ayah!" kerana seseorang telah memukul mereka, atau kerana ada orang yang menggunakan senapang angin tanpa kebenaran, atau ada jiran yang merampas bola keranjang mereka, atau mereka terjatuh dari buaian. Oh, demi segala sesuatu yang baik dan betul dalam dunia ini, bolehkah kita menikmati Krismas kita untuk sekejap lagi?

Itulah kehidupan, bukan? Walau betapa sempurna pun kita cuba melukiskan kanvas kehidupan kita, sentiasa ada sesuatu yang lain yang tidak difikirkan semasa kita mengimpikannya. Sesuatu yang menghalang gambar kita yang sempurna. Sesuatu yang menghancurkan hati kita.

Hubungan yang berakhir.
Orang yang dikasihi meninggal dunia sebelum masanya.
Pengkhianatan seorang kawan.

Tahukah anda bahawa Allah tidak terkejut oleh gangguan dalam hidup kita? Sebenarnya, tiada apa-apa yang mengejutkan Dia. Jangan menganggap perkara yang tidak kena dalam hidup anda sebagai kehilangan kuasa-Nya. Tidak, ini bukanlah tentang keupayaan-Nya tetapi tentang kedaulatan-Nya.

Sementara kita berharap agar hal yang tidak baik tidak berlaku dalam hidup kita, ia akan berlaku. Yesus berkata kita akan menghadapi masalah (Yohanes 16:33), tetapi Dia juga berjanji bahawa Dia akan memberikan kita kesejahteraan di tengah-tengah itu (Yohanes 14:27). Maka, walau di mana pun kita dalam hidup ini, sama ada kita menghadapi apa yang diduga atau tidak diduga, yakinlah bahawa Allah kita boleh menjadikan perkara yang remuk itu indah.

Kawan, kita mengetahui bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya (Roma 8:28). Teruskan perjalanan dan mempercayai Dia yang tidak akan menghampakan anda.

Soalan:

Bagaimanakah anda pernah melihat Allah berkuasa di tengah-tengah gangguan hidup?
Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan