Karol: Renungan KrismasSampel
Pemain Gendang Cilik (The Little Drummer Boy)
Come they told me, Pa rum pa pum pum
(Mereka memanggilku datang, Pa rum pa pum pum)
A newborn King to see, Pa rum pa pum pum
(Melihat Raja yang baru lahir, Pa rum pa pum pum)
Malam itu adalah sunyi, cuma kedengaran bunyi denyutan jantungnya. Ia kedengaran kuat, ia tertanya-tanya jika rakannya mendengarnya juga. Ia berasa gelisah untuk menghadap raja, tetapi ia terus berjalan, berpaut pada gendangnya.
Jantungnya berdegup dengan kencang. Orang lain membawa kotak cantik yang dipenuhi hadiah yang berharga, hadiah yang patut dipersembahkan kepada seorang raja. Ia tidak memiliki apa-apa kecuali gendangnya, yang tiba-tiba kelihatan seperti alat muzik yang tidak sesuai untuk dimainkan di hadapan raja, apatah lagi raja yang baru dilahirkan. Andainya bagus jika ia memiliki alat muzik yang lebih menenangkan, seperti hap yang kadang-kadang dimainkan oleh anak gembala.
Denyutan jantungnya memekakkan telinganya semasa ia berdiri di hadapan Raja itu. Kemudian, Maria mengangguk. Ibu Raja mengangguk kepadanya. Maria mahu ia bermain. Ia mengangkat kayu gendangnya dan mula memukul pola pertama yang difikirnya, ritma denyutan jantungnya.
Demikianlah, Pemain Gendang Cilik ini memberikan hatinya kepada Allah. Ia memain dengan baik sekali. Ia memainkannya dengan sedaya upayanya.
Berapa kerap kita rasa bahawa hadiah kita adalah tidak cukup baik? Kita membandingkan diri dengan orang lain, tertanya-tanya mengapa hadiah mereka kelihatan lebih "berguna" untuk kerajaan itu. Kita ingin mengajar seperti pastor kita, atau bernyanyi seperti pemimpin penyembahan kita. Ataupun, kita ingin berkongsi berkat kita, tetapi ada kalanya, kita rasa tidak diberkati. Kita tidak boleh memberi apa yang tidak dimiliki, kita perlu mencari "gendang" kita, satu-satunya perkara yang hanya dapat diberikan oleh kita.
Kebenarannya ialah Allah sudah memiliki ajaran seperti ajaran pastor itu. Dia sudah memiliki nyanyian seperti nyanyian pemimpin penyembahan itu. Apa yang diinginkan Dia, apa yang betul-betul dapat digunakan oleh Dia, ialah hati anda.
Fikirlah tentang cara anda boleh memberkati orang lain pada musim ini, seterusnya diberkati oleh Allah. Anda tidak perlu membelanjakan wang. Anda cuma perlu menyerahkan diri anda, hati anda. Seperti Pemain Gendang Cilik itu. Yesus tersenyum padanya. Bayangkan Yesus tersenyum pada anda. Itu membuat jantung anda berdegup dengan kencang, bukan? Dengarlah.
Soalan:
Bagaimanakah anda boleh memberkati Allah dengan memberkati orang lain pada musim cuti ini?
Adakah anda membuat sedaya upaya anda demi Allah? Jika tidak, bagaimanakah anda dapat berbuat demikian hari ini?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church