Karol: Renungan KrismasSampel
Hai, Siarkan di Gunung (Go Tell It On The Mountain)
Gembala sangat takut ketika mendengar
nyanyian bala sorga gempita menggegar.
Hai, siarkan di gunung di bukit dan di mana jua,
hai, siarkan di gunung lahirnya Almasih!
Semasa seseorang perempuan mendapati dirinya mengandung buat pertama kalinya, ia dipenuhi kegembiraan dan mencari cara yang terbaik untuk berkongsi berita itu dengan suami, kawan, dan keluarganya. Apabila seseorang lelaki bersedia untuk melamar, ia sedar bahawa ia perlu mencari cara yang sesuai untuk mengajukan soalan itu dan berkongsi berita baiknya.
Ada kala, kata-kata gagal menyampaikan kebenaran berita baik itu. Maka, apabila Allah bersedia untuk mengutus Yesus sebagai manusia ke dunia ini, bagaimanakah Dia menyampaikan Berita Baik itu? Dengan kejadian yang luar biasa, "sepasukan besar" malaikat muncul kepada gembala yang berada di tengah-tengah padang yang jauh. Cahaya kudus bersinar dan suara malaikat berguruh - seperti blokbuster, nyanyian yang mengagumkan yang dijangka bagi peristiwa yang teragung dalam sejarah. Satu-satunya hal yang aneh ialah orang yang menyaksikannya (gembala "hina"), dan bilangan mereka yang kecil. Mungkin itu menunjukkan bahawa kita harus berusaha sedaya upaya semasa berkongsi berita seperti ini.
Apabila Yesus mula mengajar, Dia tidak menyebarkan Berita Baik melalui kata-kata sahaja. Orang buta menerima penglihatan, orang tempang berjalan, dan orang mati dibangkitkan - semua ini untuk berkomunikasi melewati kata-kata tentang makna Berita Baik itu.
Yesaya 62 menjerit, “Beritahulah penduduk Yerusalem, bahawa TUHAN datang untuk menyelamatkan kamu." Yesus mengarahkan murid-murid-Nya untuk pergi ke seluruh dunia. Dalam lagu keagamaan klasik ini, kita dirayu untuk "Hai, siarkan di gunung di bukit dan di mana jua, hai, siarkan di gunung lahirnya Almasih!”
Soalan:
Adakah anda mengkhabarkan Berita Baik ini? Mengapa ya atau mengapa tidak?
Adakah cara untuk anda berkongsi Berita Baik ini dengan lebih berkuasa berbanding dengan melalui kata-kata?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church