Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 24 DARIPADA 25

Malam Sunyi (Silent Night)

Bala surga menyanyi ria,
Haleluya pujilah Allah,
Yesus Kristus t’lah lahir!
Yesus Kristus t’lah lahir!


Semasa kecil, keluarga saya adalah miskin. Kita jarang membeli apa-apa selain daripada keperluan sepanjang tahun. Kira-kira dua bulan sebelum Krismas, ibu bapa saya meminta saya untuk menuliskan senarai benda yang saya inginkan. Saya menyelak-nyelak katalog, pergi ke kedai (ini ialah sebelum internet dan semakan lewa siber), dan bermimpi tentang semua perkara yang boleh dinikmati pada tahun akan datang. Sesudah melengkapkan senarai saya, saya menantikan hadiah yang akan muncul di bawah pokok Krismas. Penantian itu umpama bertahun-tahun lamanya, tetapi ia adalah berbaloi. Pagi Krismas ialah hari yang terbaik! Saya menghabiskan seluruh tahun itu bermain dengan mainan baru saya!

Anak Allah, selama beberapa ratus tahun, telah menantikan ketibaan Penyelamat mereka. Ibu bapa memberitahu anak mereka tentang Raja yang akan datang: Dia yang akan menyelamatkan mereka. Anak mereka ini pula memberitahu anak mereka. Setiap orang menunggu dengan gelisah terhadap Dia yang diceritakan itu. Ketibaan Yesus, Penyelamat mereka, ialah malam yang kudus. Syurga bersukacita. Malaikat bernyanyi. Gembala bernyanyi ria pada kejadian itu. Semasa Krismas, kita mengingati hari ini ketika syurga datang ke dunia ini! Hari Allah menggenapi janji-Nya! Hari Allah menjadi manusia untuk menebus anak-Nya daripada dunia yang rosak. Penyelamat anda sudah datang. Dia hadir! Anda tidak perlu menantikan sesuatu yang sudah dimiliki anda. Raikannya. Nikmati hadiah yang telah anda terima!

Soalan:

Dalam lingkungan hidup anda yang manakah anda menantikan dan menjangkakan hadirat Allah?
Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan