Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 22 DARIPADA 25

Nafas Syurga (Breath Of Heaven)

Breath of Heaven, Hold me together
(Nafas Syurga, Tenangkan aku,)
Be forever near me, Breath of Heaven
(Sertai aku selama-lamanya, Nafas Syurga)
Breath of Heaven, Light my darkness
(Nafas Syurga, terangi kegelapan aku,)
Pour over me, your holiness, For you’re holy
(Curahkan kekudusan-Mu kepada aku, Kerana Engkau kudus)
Breath of Heaven
(Nafas Syurga)


Banyak orang memandang tinggi terhadap Maria, ibu Yesus, kerana ia telah dipilih oleh Allah untuk menghamilkan dan melahirkan Anak-Nya. Itu merupakan tugas yang terbesar yang pernah diberikan kepada siapa-siapa. Walaupun kita memandang tinggi terhadap Maria, memanglah penting untuk mengingati bahawa Maria cumalah manusia biasa seperti kita. Sebenarnya, ia mungkin takut seperti kita, ataupun lebih takut lagi. Ia ialah remaja bujang yang mendapati diri hamil secara luar biasa selepas malaikat memberitahunya bahawa ia akan melahirkan Mesias. Ia mungkin takut akan tugas Allah yang besar itu dan takut akan reaksi yang hebat terhadap Yusuf dan dirinya kerana kehamilan yang luar biasa itu. Ia mungkin mengatasi ketakutan dalam perjalanan jauh ke Betlehem, semasa sembilan bulan mengandung dan menunggang keldai. Walau bagaimanapun, meskipun takut, ia tetap setia kepada Allah dan tugas yang diberikan kepadanya.

Lagu Breath of Heaven memberikan kita doa yang mungkin diucapkan oleh Maria untuk meminta Allah agar menenangkannya, mendekatinya, dan menerangi kegelapannya. Berapa kali anda pernah mengucapkan doa yang serupa? Krismas ialah waktu yang riang, tetapi kenyataannya ialah bagi kebanyakan orang, memanglah sukar untuk mengalami sukacita di tengah-tengah kacau-bilau dan dugaan yang berlaku di sekeliling kita. Sebagaimana Allah telah melindungi dan memimpin Maria melalui waktu yang sukar, benarkan Dia untuk memimpin anda pada Krismas ini. Berdoalah dan berkongsi hal yang membebani roh anda dengan-Nya, dan membenarkan Dia untuk memulihkan sukacita Krismas dalam anda dengan menenangkan anda, menyertai anda selama-lamanya, dan menerangi kegelapan anda.

Soalan:

Apakah dugaan yang sedang anda hadapi yang merampas sukacita Krismas anda?

Apakah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menuntut semula sukacita dan harapan dalam hidup anda?
Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan