Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 17 DARIPADA 25

Dari Timur, Jauh Benar (We Three Kings Of Orient Are)

O, bintang pandu yang cerah,
Bintang Raja mulia.
Jalan kami kausinari,
Langkah kami tuntunlah!


Sering kali, memang sukar untuk memahami bahawa Yesus telah dilahirkan seperti kita. Dia tidak dilahirkan di istana yang mewah atau hospital yang mahal. Dia dilahirkan di luar, di palung. Dia datang ke dunia yang dipenuhi dosa, tetapi Dia menjalankan hidup yang sempurna. Dia datang untuk memimpin kita, dan membawa kita kepada hubungan penyayang dengan Allah.

Tiga orang majus merupakan contoh yang baik bagi penyerahan sepenuhnya terhadap Allah. Ketika mereka melihat bintang itu, mereka meninggalkan semua hal yang sedang dilakukan dan memulakan perjalanan yang jauh yang berkemungkinan sukar. Mereka tidak tahu tempat yang ditujui, tetapi mereka mempercayai bintang itu untuk memimpin mereka sepenuhnya. Mereka mengabdikan segala sesuatu untuk mencari Dia walau apa pun risikonya. Seperti tiga orang dalam lagu ini yang mengikuti bintang yang terang untuk melihat Yesus semasa Dia dilahirkan, jika kita menyerahkan diri kepada Allah, Dia akan meluruskan jalan kita dan menjadi pembimbing yang sempurna untuk hidup kita.

Soalan:

Dalam lingkungan hidup anda yang manakah anda perlu berserah kepada Allah?

Fikirlah tentang suatu waktu yang anda menyerahkan sesuatu kepada Allah. Apakah yang terjadi kepada situasi itu?
Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan