Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 13 DARIPADA 25

Tenang, Tenang, Tenang (Still, Still, Still)

Still, still, still, One can hear the falling snow.
(Tenang, tenang, tenang, Kita boleh mendengar salji yang turun.)
For all is hushed, The world is sleeping
(Sunyi sepi, Dunia tertidur)
Holy Star its vigil keeping
(Bintang Kudus terus berjaga)
Still, still, still, One can hear the falling snow.
(Tenang, tenang, tenang, Kita boleh mendengar salji yang turun.)


Tenang, tenang, tenang… Kata-kata ini nampaknya tidak ada tempat dalam kesibukan hidup kita, terutamanya pada musim Krismas. Parti, hadiah, dan projek biasanya membuat kita kegila-gilaan semasa kita tergesa-gesa daripada satu acara ke acara yang lain. Sering kali, sebelum kita menyedarinya, hari Krismas sudah tiba dan berlalu. Pada waktu itulah kita menyedari bahawa, meskipun niat baik kita, kita tidak pernah mengalami kedamaian yang datang daripada betul-betul menikmati kasih Allah yang menakjubkan terhadap kita.

Tidakkah menarik bahawa Allah mengarahkan kita untuk "Diamlah"? Adakah anda rasa kerana Dia mengetahui bahawa ada kalanya kita mengalami kesukaran melakukannya sendiri?

Apakah yang berlaku apabila kita betul-betul mengambil masa untuk berdiam diri? Jawapannya terkandung dalam Mazmur 46:10…”Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah;
Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini”. Apabila anda berdiam diri di hadapan Allah, anda lebih memahami apa yang sedang dihadapi, walau apa pun keadaan anda, anda boleh berharap sepenuhnya dalam kenyataan bahawa Allah ialah Allah. Dia mengagumkan, menakjubkan dan berdaulat. Dia mengasihi kita lebih daripada yang dapat kita bayangkan dan Dia mengawal segala sesuatu.

Luangkan masa pada hari ini untuk berdiam diri pada waktu yang berbeza. Barangkali anda boleh menyelubungi diri dengan selimut lalu keluar untuk memerhatikan bintang, tertanya-tanya tentang rupa bintang kudus yang menandakan kelahiran Kristus pada masa lalu. Barangkali mengambil beberapa minit untuk melihat anak kecil anda tidur dan semasa anda menatap wajahnya yang manis itu, pertimbangkan fikiran Maria dan Yusuf semasa mereka menatap wajah bayi lelaki mereka. Bukalah Alkitab anda, baca ayat kegemaran...kemudian duduk dan tunggulah.

Soalan:

Kebenaran apakah yang bergema dalam jiwa anda tentang Kristus semasa anda mengambil masa untuk berdiam diri di hadapan-Nya?
Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan