Karol: Renungan KrismasSampel
Gita Sorga Bergema (Hark! The Herald Angels Sing)
Tak memandang diri-Nya,
Bahkan maut dit'rima-Nya,
Lahir untuk memberi hidup baru abadi!
Gita sorga bergema, "Lahir Raja mulia!"
Memanglah seronok untuk melihat bayi kecil dan membayangkan rupa dewasanya. Ia boleh menjadi apa-apa - juruterbang, polis, tukang masak, angkasawan, pastor, atau berjuta-juta pilihan yang lain. Masa depan terbuka luas dan dipenuhi kemungkinan.
Yesus dilahirkan dengan satu tujuan. Seperti yang dinyatakan dalam karol ini, Dia "dilahirkan untuk memberi hidup baru abadi." Kelahiran-Nya ialah tentang kelahiran baru kita. Dalam 1 Petrus 1:3, Petrus memuji Allah kerana "Dia mengurniai kita kelahiran baru dengan harapan yang tidak akan binasa" – dan semua ini adalah mungkin kerana Yesus telah meninggalkan kemuliaan-Nya dan memberikan diri-Nya di tempat kita, menanggung hukuman kematian yang patut kita terima kerana dosa kita. Kematian dan kebangkitan-Nya memberikan kita hidup yang baru. Semasa anda meneruskan hidup anda dan kesibukan anda pada musim ini, luangkan masa secara sengaja untuk memperlahankan diri dan mengingati bahawa Yesus telah dilahirkan untuk memberikan ANDA kelahiran kedua. Itulah sebab kita harus memuji Dia!
Soalan:
Bagaimanakah anda menyatakan kesyukuran anda terhadap Yesus kerana hidup baru yang diberikan-Nya kepada anda?
Siapakah dalam hidup anda yang belum menyedari sebab sebenar kelahiran Yesus? Apakah yang akan anda lakukan untuk berkongsi sebab ini dengan mereka?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church