Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 10 DARIPADA 25

Dengarkah Kamu Apa yang Aku Dengar (Do You Hear What I Hear)

Said the little lamb to the shepherd boy
(Anak domba berkata kepada anak gembala)
Do you hear what I hear?
(Dengarkah kamu apa yang aku dengar?)
Ringing thru the sky, shepherd boy
(Bergema di langit, anak gembala)
Do you hear what I hear?
(Dengarkah kamu apa yang aku dengar?)


Lebih daripada 2000 tahun lalu, Penyelamat dunia ini dilahirkan. Pernahkah anda berfikir bagaimana orang mendapat tahu tentang kelahiran-Nya? Lagu “Do You Hear What I Hear?” memberikan kita contoh bagaimana berita kelahiran-Nya disebarkan.

Lagu ini bermula dengan Roh Kudus yang menanya anak domba, "Dengarkah kamu apa yang Ku dengar?" Kemudian, anak domba itu mendekati anak gembala dan menanya, "Dengarkah kamu apa yang aku dengar?" Gembala itu segera menghadap Raja dan menanya "Tahukah kamu apa yang saya tahu?" Apabila mereka berkongsi apa yang diberitahu oleh Allah, seluruh negeri mendengar tentang kelahiran Penyelamat, Yesus, dan maksud kelahiran-Nya terhadap seluruh dunia ini.

Inilah berita baiknya: ini jugalah panggilan kita sebagai pengikut Kristus - untuk berkongsi apa yang telah dimaklumkan kepada kita dengan orang lain! Allah menyatakan diri-Nya kepada kita dalam cara yang berbeza, bergantung pada personaliti dan bakat kita. Bagi sesetengah orang, Dia menunjukkan perkara yang tampak tentang diri-Nya, seperti bintang di langit. Orang yang lain pula mendekati-Nya melalui pembacaan Alkitab, atau menyanyikan pujian. Persoalannya ialah apakah yang kita lakukan dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita? Kita perlu menyedari bahawa Allah akan menggunakan kita untuk membawa orang lain kepada-Nya melalui apa yang telah dinyatakan oleh-Nya kepada kita secara individu.

Dalam lagu ini, Allah telah memilih suara anak gembala untuk memberitahu orang lain tentang apa yang telah didengarnya dan, akibatnya, seluruh negeri mendengar tentang kelahiran Yesus. Bagaimana pula dengan sekarang ini? Jika kita mahu orang lain untuk mengetahui tentang Penyelamat yang telah dilahirkan, kita perlu mengambil masa untuk berkongsi apa yang dinyatakan oleh-Nya kepada kita dengan orang lain. Kehidupan berubah apabila kita memberitahu orang dalam hidup kita tentang apa yang telah ditunjukkan oleh Allah dan apa yang telah dilakukan-Nya untuk kita.

Soalan:

Apakah yang ditunjukkan oleh Allah kepada anda atau memberitahu anda baru-baru ini yang harus dikongsi dengan orang lain?

Dari segi apakah Allah telah menyatakan diri-Nya kepada anda?
Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan