Karol: Renungan KrismasSampel
Ding Dong! Bersorak Ria di Syurga (Ding Dong! Merrily On High)
Ding dong! Merrily on high
(Ding dong! Bersorak ria di syurga)
In heav’n the bells are ringing:
(Loceng berbunyi di syurga:)
Ding dong! Verily the sky
(Ding dong! Sesungguhnya langit)
Is riv’n with Angel singing.
(Bergemuruh dengan nyanyian malaikat)
Kita mempunyai banyak loceng, bunyi dan deringan dalam hidup kita. Sama ada ketuhar gelombang mikro yang memberitahu kita bahawa nuget ayam "buatan sendiri" kita sudah siap, atau kereta kita berbunyi untuk menandakan bahawa tali keledar tidak dipasang, ataupun bunyi “Aaaeee! Aaaeee! Aaaeee!” yang sangat menjengkelkan daripada jam loceng kita dan membangunkan kita daripada tidur yang nyenyak; hidup kita dikelilingi bunyi dan loceng. Loceng ini membawa pelbagai maksud.
Daripada karol Krismas klasik yang indah ini, kita melihat gambaran bunyi loceng perayaan di syurga. Penggubah lagu ini seolah-olah menggambarkan bunyi yang kita mungkin dengar dari syurga. Dalam beberapa petikan yang berbeza, Alkitab menggambarkan seseorang yang mendengar daripada Allah. Dalam beberapa keadaan, bunyi itu adalah kuat seperti guruh dan dalam keadaan lain ia ialah suara lembut bagaikan bisikan.
Pernahkah anda mendengar bisikan lembut yang memanggil anda seperti yang didengar oleh Elia dalam 1 Raja-raja 19:12? Allah boleh memanggil kita dalam pelbagai cara. Walau bagaimanapun, panggilan-Nya terhadap setiap orang adalah tersendiri. Dia mungkin memanggil anda untuk melayani kawan yang menghadapi musim cuti yang susah. Dia mungkin memanggil anda untuk memulakan pekerjaan yang baru. Allah boleh menggunakan doktor untuk melayani orang yang tidak mampu menerima rawatan, kontraktor untuk membina sekolah di negara yang miskin, atau pemotong rumput untuk memotong rumput balu tua di kawasan perumahannya. Walau apa pun bakat anda, Allah boleh menggunakannya untuk memberkati orang lain. Hal yang penting adalah mendengar suara-Nya, seperti bunyi loceng yang indah dari syurga. Dia sedang memanggil anda untuk menjadi cahaya dalam hidup seseorang pada Krismas ini.
Maka, pergilah dan tekan butang tunda jam loceng anda, tetapi jawablah panggilan Bapa terhadap hidup anda.
Soalan:
Bagaimanakah anda pernah mendengar daripada Allah?
Apakah panggilan Allah terhadap anda pada musim Krismas ini?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church