Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 6 DARIPADA 25

Maria, Tahukah Kamu (Mary Did You Know)

Mary, did you know that your Baby Boy would one day walk on water?
(Maria, tahukah kamu bahawa anakmu satu hari kelak akan berjalan di atas air?)
Mary, did you know that your Baby Boy would save our sons and daughters?
(Maria, tahukah kamu bahawa anakmu akan menyelamatkan anak lelaki dan anak perempuan kami?)
Did you know that your Baby Boy has come to make you new?
(Tahukah kamu bahawa anakmu datang untuk menjadikan kamu baru?)
This Child that you delivered will soon deliver you.
(Anak yang kamu lahirkan ini akan menyelamatkanmu)


Pernahkah anda mendengar lagu Mary, Did You Know?

Lagu yang mengharukan ini telah dimainkan lebih daripada tiga dekad sepanjang musim Krismas. Liriknya ditulis dengan indah dan mengandungi frasa yang berkuasa seperti, "Mary did you know that your baby boy will calm a storm with his hand… (Maria, tahukah kamu bahawa anakmu akan menenangkan ribut dengan tangannya)” dan, “This child that you’ve delivered, will soon deliver you (Anak yang kamu lahirkan ini akan menyelamatkanmu)”. Ia merupakan rangkaian soalan yang merangsangkan oleh penggubah lagu yang menyebabkan pendengarnya untuk berasa kagum terhadap kuasa Allah kita.

Kita tidak mengetahui banyak tentang Maria kecuali ia ialah seorang anak dara dan mungkin masih belasan tahun. Berdasarkan Lukas 1:28, kita mengetahui bahawa ia "sangat diberkati" dan bahawa “Tuhan menyertainya.” Meskipun tanpa resume yang menarik, Allah menggunakan Maria. Maria muda, manis, pendiam dan bukan "pengatur serangan" yang mahir telah dijemput oleh Pencipta alam semesta untuk mengubah dunia ini.

Banyak orang fikir Allah memilih Maria kerana kerelaannya. Setelah mendengar rancangan Allah untuk hidupnya, Maria membalas, “Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan.” (Lukas 1:38)

Maria cuma mengatakan ya kepada Tuhan tanpa apa-apa syarat.

Apakah keadaan hidup anda sekarang ini? Berapa banyak daripada "anda" yang betul-betul diserahkan kepada Dia? Adakah anda mengamalkan kebenaran bahawa "hidup anda bukan milik anda" dan bahawa anda telah "dibeli dengan satu harga”? Adakah apa-apa yang terlepas kerana anda enggan membenarkan Dia untuk memimpin anda?

Kita mempunyai Mesias. Nama-Nya ialah Yesus. Dia ialah Penyelamat dunia ini. Dia berjalan di atas air dengan mudah. Dia datang dan mati untuk menjadikan kita baru. Dia memulihkan penglihatan orang buta dengan tanah dan air liur. Dia terjaga daripada tidur-Nya yang nyenyak dan menenangkan ribut yang mengganas dengan tangan manusia-Nya. Dia memberi makan kepada 5,000 orang dengan sedikit roti dan ikan. Dia melakukan mukjizat.

Dan Dia mempunyai rancangan yang menakjubkan untuk hidup anda.

Soalan:

Apakah yang belum anda serahkan kepada Allah?

Apakah yang menghalang anda daripada berbuat demikian?
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan