Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 5 DARIPADA 25

Di Tengah Malam yang Cerah (It Came Upon A Midnight Clear)


Raja Damai ’kan mem’rintah bumi, surga baru.
Dunia serta malaikat menyanyikan lagu.


Ketika malaikat mula bernyanyi tentang damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya, para gembala semestinya tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku. Sudah tentu, mereka tidak mendengar nyanyian malaikat setiap hari, dan Palestin abad pertama bukanlah tempat yang damai sejahtera. Jalan dipenuhi khabar angin tentang revolusi dan ketegangan yang kerap menyebabkan keganasan. Masyarakat diasingkan mengikut jantina, bangsa, kekayaan, dan agama. Gembala cumalah beberapa tahap lebih tinggi daripada pengemis pada tangga sosial. Bagi sesetengah daripada kita, hari Krismas ialah masa untuk dihabiskan dengan kawan dan keluarga, tetapi bagi orang lain, ia mengingatkan mereka bahawa mereka itu bersendirian atau terpisah daripada orang yang dikasihi. Dua ribu tahun kemudian, nampaknya kita amat jauh daripada "syurga di bumi".

Banyak orang pada abad pertama menjangkakan penyelesaian yang cepat bagi masalah dunia, dan sudah tentu itu tidak berlaku. Ia masih belum berlaku lagi. Walau bagaimanapun, Krismas mengingatkan kita tentang janji Allah untuk membawa kerajaan di mana peperangan, ketidakadilan, dan kematian tidak berlaku lagi, dan di sana kita akan hidup bersama dengan Allah. Itulah harapan kita. Allah mempunyai rancangan. Hal yang terbaik belum terjadi lagi.

Sementara itu, Allah terus menunjukkan kasih-Nya terhadap kita dalam pelbagai cara. Dia memenuhi keperluan kita. Dia mengabulkan doa kita. Dia menjemput kita untuk mula hidup sebagai rakyat kerajaan yang belum dinyatakan sepenuhnya itu. Kita boleh mengasihi satu sama lain sebagaimana Kristus mengasihi kita di sini dan sekarang ini. Kita boleh menunjukkan belas kasihan-Nya dan kasih-Nya yang tidak bersyarat terhadap orang lain sekarang ini. Kita boleh mengecap Syurga baru dan bumi baru sekarang ini. Kita boleh berkongsi pengalaman itu dengan orang lain. Kita boleh melakukan semua ini dengan kesedaran bahawa Kerajaan Allah akan kekal dan bahawa suatu hari nanti, seluruh ciptaan akan melihat kebenaran yang didengar oleh para gembala di lereng bukit Palestin yang jauh itu.

Soalan:

Apakah satu perkara yang anda boleh ubah untuk memberikan orang di sekeliling anda cecapan Kerajaan damai sejahtera Allah?
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan