Karol: Renungan KrismasSampel

Carols: A Christmas Devotional

HARI 2 DARIPADA 25

Alam Raya Berkumandang (Angels We Have Heard On High)

Alam raya berkumandang oleh pujian mulia;
dari gunung, dari padang kidung malaikat bergema:
Gloria in excelsis Deo!

Apakah yang membuat anda rasa kagum? Apakah yang menyebabkan anda terdiam? Adakah ahli keluarga yang lama tidak berjumpa? Adakah tempat yang hebat dan agung seperti gunung atau tempat bersejarah seperti piramid kuno Mesir? Malam kelahiran Kristus merupakan peristiwa yang paling agung dan mengagumkan dalam sejarah manusia, kerana Allah telah mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dunia ini supaya kita akan memperoleh hidup yang kekal. Tiada peristiwa lain dalam sejarah sebelum atau selepas kelahiran Kristus yang menyebabkan perayaan yang melibatkan kemunculan nyata malaikat dan suara nyanyian malaikat yang kedengaran. Dapatkah anda membayangkan betapa terperanjatnya para gembala semasa melihat dan mendengar kumpulan malaikat itu? Waktu itu adalah begitu agung sehinggakan kita tidak mungkin memahami sepenuhnya keadaannya itu, kerana kita tidak pernah mengalami apa-apa seperti itu.

Nampaknya kita cenderung kekurangan pengalaman berasa amat kagum sekarang ini. Teknologi telah membawa sebahagian besar daripada dunia ini ke bilik tamu kita dan hujung jari kita sehinggakan kita boleh melihat apa-apa yang diingini dan berasa seolah-olah kita telah melawati mana-mana tempat yang diingini. Malangnya, kebanyakan daripada kita mungkin memiliki kurang waktu yang menimbulkan kekaguman dengan Allah daripada yang seharusnya. Hubungan kita dengan Dia sering menjadi terlalu selesa dan biasa. Pada Krismas ini, cubalah untuk mendapatkan semula waktu yang mengagumkan dengan Allah. Berusaha untuk menjadikan hubungan anda dengan Dia sesuatu yang begitu mengagumkan sehinggakan ia membuat anda bergembira seperti malaikat tersebut. Jangan biarkan hubungan anda dengan Dia bersifat biasa sahaja, sebaliknya jadikannya luar biasa.

Soalan:

Berfikirlah tentang beberapa waktu yang mengagumkan antara anda dengan Allah. Bagaimanakah waktu ini mengubah anda?

Apakah perubahan yang perlu anda laksanakan dalam hidup anda supaya anda boleh mula mengalami lebih banyak waktu yang mengagumkan dengan Allah?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Carols: A Christmas Devotional

Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

Pelan yang Berkaitan