Karol: Renungan KrismasSampel
Bersuka Ria Pada Krismas Ini (Have Yourself A Merry Little Christmas)
Have yourself a merry little Christmas, Let your heart be light.
(Bersuka ria pada Krismas ini, Bergiranglah)
From now on, our troubles will be out of sight.
(Mulai sekarang, masalah kita akan lenyap)
Ada kalanya Krismas rasa seperti suatu perlumbaan. Membeli-belah pada saat-saat terakhir di pusat membeli-belah yang penuh sesak, bersusah payah mencari hadiah yang sesuai untuk seseorang, menghias rumah (termasuk memeriksa setiap mentol pada lingkaran lampu dan mendapati mentol yang terakhir menyebabkan litar pintas pada keseluruhan sistem itu), membungkus hadiah demi hadiah, atau bersedia untuk menyambut keluarga luas yang akan sampai ke rumah anda. Memanglah mudah untuk rasa terharu kerana kesibukan Krismas, dan terlepas hal yang betul-betul penting.
Kita melihat ini berlaku dalam kitab Lukas, semasa Yesus makan di rumah dua orang saudara perempuan, Maria dan Marta. Marta menghabiskan masanya bergesa-gesa memasak, menghidangkan makan malam, dan membersih. Semua ini ialah perkara yang baik, tetapi perkara yang "sibuk". Sementara, Maria duduk bersama dengan Yesus. Apabila Marta meminta Yesus untuk memberitahu Maria untuk bekerja, Dia membalas, "Maria sudah memilih perkara baik.”
Yesus cuba memberitahu kita untuk hadapi masa sekarang. Memanglah baik bahawa anda rela menjadi seperti Marta, dan memastikan bahawa semua bertih jagung sudah digantung, tetapi itu tidaklah berbaloi untuk terlepas peluang berbual dengan ahli keluarga yang jarang berjumpa, atau apabila wajah anak anda berseri-seri kerana Santa telah menerima suratnya dan telah menghantar apa yang dimintanya. Perkara yang perlu dilaksanakan bukan soalnya, hal yang penting ialah waktu itu.
Pada tahun ini, jangan terlepas perkara baik. Ambillah peluang untuk menikmati waktu anda bersama-sama dengan kawan dan keluarga. Luangkan masa untuk tidak berasa risau tentang perkara yang perlu dilakukan, tetapi untuk berseronok dengan orang yang berada di sekeliling anda. Hadapi masa sekarang, kerana itu adalah lebih baik dan bersuka ria pada Krismas ini.
Soalan:
Apakah beberapa perkara yang perlu disingkirkan daripada senarai anda untuk menjadikan diri anda lebih menyerupai Maria?
Apakah perkara yang lebih baik yang akan anda pilih untuk menjadi sebahagian daripada Krismas ini?

Kitab
Perihal Pelan
Allah menyertai kita - dalam janji yang ditepati, impian yang dicapai, dan harapan yang diperbaharui. Kita ingin bernyanyi. Pada musim Krismas, terokai lagu yang digubah daripada sukacita kita terhadap kedatangan Kristus ke dunia ini dan menemui semula kerelevanan lagu tersebut dalam hidup anda sekarang ini dalam pelan bacaan selama 25 hari ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church