Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel
Sudah selesai
Salah satu daripada dua hari terpenting dalam sejarah manusia kelihatan biasa sahaja kepada sesetengah askar Roma. Itu merupakan tugas suram bagi mereka untuk melakukan tiga pelaksanaan hukuman mati di hadapan ramai di Yerusalem sehari sebelum Sabat Paskah. Mereka melakukan tugas mereka dengan kekejaman dan kecekapan yang terlatih, menukul paku ke tangan dan kaki mangsa mereka.Dua orang berteriak dalam kesakitan dan kebencian. Seorang yang di tengah menanggung sengsara-Nya dalam keheningan, bercakap hanya sekali kepada Bapa-Nya untuk meminta pengampunan kepada para penyiksa-Nya. Pada saat kematian Yesus, askar yang bertanggungjawab terhadap penyaliban tersebut mulai menyedari siapakah sebenarnya yang disalibkan dihadapannya: “Waktu kepala pasukan yang berdiri berhadapan dengan Dia melihat mati-Nya demikian, berkatalah ia: ‘Sungguh, orang ini adalah Anak Allah!’” (Markus 15:39).
Kepala pasukan balik ke tempatnya pada hari itu dengan membawa tiga benda: bahagian pakaian yang diambil daripada orang yang disalib, perasaan bersalah yang teruk bahawa mereka bukan hanya menyalibkan orang yang tidak bersalah tetapi adalah Anak Allah sendiri, dan pesan injil tentang pengampunan yang tersebar bahkan kepada pembunuh sepertinya.
Terdapat banyak yang boleh dipelajari oleh anda dan saya melalui kejadian yang luar biasa ini, tetapi terdapat dua hal yang sangat penting daripada yang lain. Pertama, penyaliban Kristus menunjukkan betapa teruknya dosa kita. Kedua, penyaliban-Nya menunjukkan kita bahawa Dia telah berhasil membayarnya dengan pengampunan. Sudah selesai. Iblis telah dikalahkan. Kristus telah membebaskan anda.

Kitab
Perihal Pelan
Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org