Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel
Rabu Abu
Anda mungkin pernah melihat rakan kerja yang balik daripada kebaktian harian dengan kesan kelabu pada dahi mereka. Sesetengah gereja Kristian bukan sahaja menggunakan istilah "Rabu Abu" untuk menandakan permulaan Pra-Paskah, malah secara harfiah membubuh pes abu pada jemaat sebagai peringatan tentang dosa kita, mortaliti kita, dan harga dahsyat yang perlu dibayar untuk menghapuskan kedua-duanya.
Sama ada anda mempunyai abu pada dahi anda atau tidak, adalah sesuai pada waktu ini untuk datang ke hadapan Tuhan dalam kerendahan hati, bertelut, mengetahui dan mengakui betapa anda memerlukan seorang Penyelamat. "... aku debu dan abu," Abraham pernah berkata (Kejadian 18:27), kita juga demikian.
Dicipta oleh Allah, hidup dalam dunia Allah, hidup di bawah hukum Allah, dan bertanggungjawab kepada penghakiman Allah, kita berada di tempat yang tidak elok. DNA berdosa yang kita warisi menjadikan kita bersalah di mata Allah sebelum kita dilahirkan, dan kita terus menambah kepada timbunan kejahatan itu setiap hari. Rasa bersalah yang kita pikul membawa keputusan Allah--"Engkau akan kembali menjadi debu." Dan lebih teruk lagi--"Engkau akan ke neraka."
Tetapi musim Pra-Paskah membawakan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita. Dia ialah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa dunia. Dia ialah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa, rasa bersalah, dan pengutukan anda. Dan debu.

Kitab
Perihal Pelan
Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org