Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel
Keulungan yang rendah hati
Cerita-cerita tentang Yesus yang digemari terdahulu oleh kanak-kanak berkemungkinan adalah cerita yang melibatkan kuasa-Nya. Dia merupakan seorang pekerja mukjizat yang hebat! Tuan atas lautan, tuan atas badai, penakluk penyakit, pemenang atas iblis, pembangkit daripada kematian--tiada apa-apa yang tidak dapat dilakukan-Nya. Dia adalah superhero utama, lebih bergaya daripada Batman atau Superman.
Namun, apabila kita menjadi dewasa, kita mulai menghargai Yesus lebih dalam pelayanan-Nya yang rendah hati. Salah satu cerita yang paling berkuasa dalam seluruh Kitab Suci berlaku pada malam Khamis Suci. Beberapa jam sebelum penyaliban-Nya, Dia mengajar murid-murid-Nya satu pelajaran yang tidak dapat dilupakan tentang rupa kepimpinan hamba.Bertelut di hadapan setiap seorang itu, Dia mengambil sebuah besen air dan tuala dan membasuh kaki mereka. "Mengertikah kamu apa yang telah Kuperbuat kepadamu?... Jadi jikalau Aku membasuh kakimu, Aku yang adalah Tuhan dan Gurumu, maka kamupun wajib saling membasuh kakimu" (Yohanes 13:12,14).
Melalui pelayanan dan penderitaanlah Yesus telah menebus kita. Teladan pelayanan rendah hati-Nya telah mengarahkan dan mengilhamkan sikap kita pada setiap hari. Adakah orang di sekeliling anda akan mengatakan bahawa sekali-sekala anda kelihatan dan kedengaran degil, sombong, ataupun angkuh? Adakah anda bertumpu kepada agenda yang mempromosikan keselesaan anda, keinginan anda, keseronokan anda?
Apakah rupa kerendahan hati yang membasuh kaki di rumah anda? Senaraikan tiga contoh dan lakukannya pada hari ini.

Perihal Pelan
Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org