Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel
Anda hidup selamanya
Mengambil mudah perkara yang penting adalah sifat manusia, bukan? Ketika anda sedang memandu dan tiba-tiba melihat lampu merah belakang kenderaan yang terang di hadapan, anda tidak terfikir, " Adakah hukum geseran (law of friction) akan terpakai hari ini?" Anda tetap menekan brek. Atau ketika anda bangun pada waktu pagi, anda tidak tertanya-tanya, "Mungkinkah hari ini tarikan graviti bumi akan berhenti dan saya akan perlahan-lahan hanyut ke ruang angkasa?" Anda tetap melangkah keluar ke kaki lima dan menganggap kaki anda akan tetap di atas tanah. Kita cenderung untuk tidak mengendahkan prinsip universal yang mengekalkan kita hidup. Tetapi bagaimana jika Paskah tidak berlaku?
Jika Kristus tidak dibangkitkan, semua yang anda fikir anda tahu tentang Kristian mulai retak dan runtuh, seperti bangunan tanpa asas dalam angin ribut. Jika Kristus tidak dibangkitkan, inilah bahagian yang paling menakutkan: Dosa-dosa anda tidak diampunkan dan anda akan dihakimi untuk itu. Orang-orang yang mati dalam Kristus juga binasa. Jikalau kita hanya dalam hidup ini saja menaruh pengharapan pada Kristus, maka kita adalah orang-orang yang paling malang dari segala manusia, kata Paulus.
Tetapi ingatlah ini: Alkitab menyatakan, "Tetapi yang benar ialah, bahwa Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati, sebagai yang sulung dari orang-orang yang telah meninggal". (1 Korintus 15:20). Kristus Yesus adalah bahagian pertama kebangkitan. Kerana dia telah keluar dari kuburnya dalam roh dan tubuh, anda dan saya hidup selamanya. Kebangkitannya menjamin pengampunan anda. Kebangkitannya menjamin kebangkitan anda.

Kitab
Perihal Pelan
Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org