Info Pelan

Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel

In Our Place: Lenten Devotions

HARI 14 DARIPADA 14

Anda akan hidup juga!

Semua antara kita suka akan kestabilan dalam kehidupan kita. Kita suka menganggap bahawa segala sesuatu akan kekal sama, dapat dikawal. Kita takut akan perubahan yang mengganggu--dihentikan kerja sementara atau dipecat, mengalami cedera dalam kemalangan kenderaan, dimasukkan ke hospital kerana penyakit. Lebih teruk lagi--kita takut hidup di rumah penjagaan, dimasukkan ke hospis.

Mimpi buruk Marta menjadi kenyataan--Yesus, Penyembuh sampai ke Betania terlalu lambat untuk menyelamatkan saudaranya Lazarus yang sakit. "'Tuhan,' kata Marta kepada Yesus, 'sekiranya Engkau ada di sini, saudaraku pasti tidak mati.' ... Kata Yesus kepadanya, 'Saudaramu akan bangkit'" (Yohanes 11:21-23).

Itu cumalah cakap kosong daripada seorang manusia biasa yang akan mati kepada yang lain. Tetapi kata-kata tersebut diucapkan oleh Yesus, Tuhan dan Tuan ke atas dosa, penyakit, kematian, dan neraka. Kebangkitan-Nya memberikan-Nya kuasa dan kekuasaan ke atas kematian. Dia telah menunjukkan kuasa itu di kubur Lazarus dengan mengarahkan agar orang yang telah mati itu keluar dan hidup. Orang mati yang dipulihkan itu adalah demonstrasi bagi apa yang akan dilakukan oleh Yesus pada skala yang besar pada akhir zaman.

Kebangkitan Yesus Kristus menenangkan ketakutan kita yang utama. Kebangkitan Yesus Kristus menjamin pengampunan dosa anda. Tidak ada penghukuman bagi mereka yang mempercayai Yesus. Kebangkitan Yesus Kristus menjamin kebangkitan anda. Dia hidup. Anda juga akan hidup.
Hari 13

Perihal Pelan

In Our Place: Lenten Devotions

Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami