Info Pelan

Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel

In Our Place: Lenten Devotions

HARI 9 DARIPADA 14


Tidak bersalah

Tidak susah untuk membenci orang Farisi semasa zaman Yesus dengan kebodohan mereka, menghakimi orang lain dengan berlagak suci, dan kebutaan mereka terhadap dosa terkutuk mereka sendiri. Tidak susah untuk mencemuh murid Yesus yang lembab untuk memahami dan selalu salah faham terhadap misi dan agenda Yesus. Tidak susah untuk melihat sekeliling pada hari ini dan menjumpai orang yang melakukan kejahatan di mana-mana.

Sudahkah anda melihat orang yang melakukan kejahatan di dalam cermin?

Askar Roma menyalibkan Kristus. Mahkamah agama orang Yahudi menyalibkan Kristus. Sistem undang-undang Roma, termasuk pemimpin Pontius Pilatus, menyalibkan Kristus. Yesaya juga telah melakukan demikian, begitu juga dengan kita. "Ia dihina dan dihindari orang, seorang yang penuh kesengsaraan dan yang biasa menderita kesakitan; ia sangat dihina, sehingga orang menutup mukanya terhadap dia dan bagi kitapun dia tidak masuk hitungan" (Yesaya 53:3).

Ini adalah untuk semua pendosa--dan ini adalah untuk kita--bahawa Yesus perlu hadir ke dunia untuk dilahirkan, untuk hidup secara sempurna, dan untuk mati secara suci. Dengan pengorbanan-Nya, Dia membayar dosa kita. Kematian-Nya membolehkan Bapa menyatakan bahawa kita "tidak bersalah".

Dengan luka-Nya, luka-Nya seorang, kita disembuhkan.
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

In Our Place: Lenten Devotions

Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami