Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel

In Our Place: Lenten Devotions

HARI 11 DARIPADA 14

Siapa yang telah melakukannya?

Terdapat banyak pertuduhan yang membawa kepada penyaliban dasyat Yesus Kristus. Ketua-ketua agama bagi orang-orang Israel merancang penangkapan dia pada tengah malam. Yudas mengkhianati dia dengan ciuman. Dia disabitkan bersalah oleh Mahkamah Agama Yahudi dengan tuduhan yang direka-reka. Sistem undang-undang Roma mengorbankan dia untuk meredakan orang ramai.

Adakah ini mengejutkan anda dengan mengetahui bahawa di sebalik semuanya ini adalah tangan Allah Bapa yang menghukum? Sungguh! Nabi Yesaya membawa kita ke belakang tabir untuk melihat makna sebenar penyebab kesengsaraan dan kematian Kristus. “Tetapi TUHAN berkehendak meremukkan dia dengan kesakitan . . . ia menyerahkan dirinya sebagai korban penebus salah ” (Yesaya 53:10) Kita merupakan antara orang yang bersalah yang menyebabkan kematiannya, kerana dosa-dosa kita menjadikan kita pengkhianat. Allah Bapa menghukum dia sebagai ganti kita, dan dia dicambuk dan dipaku kerana dunia yang penuh dengan dosa sedang dihukum.

Tetapi dengan luka-luka Yesus kita disembuhkan. Melalui penukaran ilahi yang luar biasa, kesalahan kita diletakkan pada dia dan kekudusannya diletakkan pada kita. Melalui iman anda dalam Kristus, sekarang Bapa melihat anda seolah-olah anda tidak pernah berdosa, seolah-olah anda kudus seperti Anak-Nya.
Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

In Our Place: Lenten Devotions

Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org