Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel

In Our Place: Lenten Devotions

HARI 10 DARIPADA 14

Tiada pengutukan

Tuhan Yesus, Allah dari kekal, menjadi manusia dan hidup di bumi untuk beberapa sebab. Sebab utamanya adalah untuk membebaskan kehidupan orang yang berada dalam perhambaan oleh ketakutan akan kematian, seperti yang dinyatakan oleh penulis kitab Ibrani dalam bab keduanya.

Yesus menjalani kehidupan di tempat kita, berserah kepada semua hukum Allah dan mentaati semuanya dengan sempurna. Dia memberikan tubuh-Nya kepada penderaan dan penderitaan, mengetahui bahawa melalui cara ini hukuman yang wajar diterima kita dialihkan sepenuhnya kepada-Nya. Akhirnya, Dia menyerahkan diri-Nya kepada kematian, dan melalui pertukaran besar yang berlaku di Kalvari, kematian kita menjadi kematian-Nya dan ketakbersalahan-Nya menjadi ketakbersalahan kita.

Kesudahannya? "Demikianlah sekarang tidak ada penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus Yesus. Roh, yang memberi hidup telah memerdekakan kamu dalam Kristus dari hukum dosa dan hukum maut" (Roma 8:1,2). Inilah sebabnya mengapa anda tidak perlu berasa takut akan Allah lagi. Dosa-dosa anda telah diampunkan, semuanya, dari segi perspektif, dengan rela, dahulu kala, tanpa merujuk kepada kelakuan anda. Ia merupakan warisan, bukannya upah. Ia milik anda--semua orang yang percaya memilikinya.

Allah betul-betul memaksudkannya — tiada pengutukan bermaksud tiada pengutukan. Kini anda boleh menghembuskan nafas.
Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

In Our Place: Lenten Devotions

Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org