Info Pelan

Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel

In Our Place: Lenten Devotions

HARI 4 DARIPADA 14

Sudah tiba masanya

Sekiranya anda berpeluang datang ke rumah saya, salah satu hal pertama yang anda akan perhatikan adalah saya menggemari jam--di ruang tamu saya sahaja terdapat enam jam. Ianya adalah alat mekanik: sesuatu berkenaan detikan dan bunyinya menenangkan jiwa saya. Saya pasti mempunyai ketakutan dalaman akan tiba lewat. Barangkali semua jam-jam itu mematahkan ketakutan saya bahawa saya akan terlepas sesuatu yang penting.

Yesus sentiasa mengetahui masanya--masa untuk menyembuh, masa untuk mengajar, masa untuk menegur, masa untuk berundur, masa untuk menghadiri jamuan perayaan. Bapa-Nya memberitahu Dia tentang masa untuk mati. Yesus memberitahu murid-murid-Nya bahawa pelayanan pengajaran kembara mereka hampir berakhir. "Sejak waktu itu Yesus mulai menyatakan kepada murid-murid-Nya bahwa Ia harus pergi ke Yerusalem dan menanggung banyak penderitaan dari pihak tua-tua, imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, lalu dibunuh dan dibangkitkan pada hari ketiga" (Matius 16:21). Dia sedar bahawa kemasukan diraja-Nya ke Yerusalem pada Hari Ahad Palma adalah kemasukan-Nya yang terakhir.

Satu mukjizat yang besar berlaku di tengah-tengah pohon-pohon palma. Ramai orang menyedari lelaki senyap yang menunggang anak keldai yang sederhana itu ialah Mesias mereka, penggenapan Kitab Suci Perjanjian Lama. Seruan hosana mereka menunjukkan bahawa mereka sedar akan masanya--bahawa Raja mereka memasuki kehidupan mereka dan menuntut kesetiaan mereka.

Adakah anda sedar akan masanya sekarang? Sekarang adalah masa anda untuk menghentikan sifat teragak-agak dan menuntut, atau menuntut semula lagi, Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Raja anda. Melalui Firman-Nya, melalui curahan air pembaptisan, melalui tubuh dan darah-Nya yang diberikan dalam Perjamuan Tuhan, Yesus datang kepada anda secara peribadi pada hari ini sebagaimana yang dilakukan-Nya pada masa lepas. Mazmur memanggil anda: sembahlah Dia sekarang.
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

In Our Place: Lenten Devotions

Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami