Menggantikan Kita: Renungan Pra-Paskah Daripada Time of GraceSampel
Batu yang Bernyanyi
Adalah menyeronokkan untuk mendengar kanak-kanak yang cuba memahami ciri-ciri ilahi Allah--Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, abadi pada masa lalu dan masa hadapan, Maha Wujud di setiap tempat. "Ayah, jika Allah adalah Maha Berkuasa, ia bermaksud Dia boleh melakukan apa-apa sahaja bukan?" "Ya." "Adakah ini bermaksud Dia dapat menciptakan satu batu yang begitu besar sehingga Dia sendiri tidak dapat mengangkatnya?"Sememangnya Allah itu Maha Berkuasa, tetapi terdapat sesetengah perkara yang Dia tidak dapat dan tidak akan lakukan. Dia enggan memaksa sesiapa untuk menyembah-Nya. Penyembahan, seperti kasih, tidak dapat dipaksa. Ia mesti diberikan secara rela, jika tidak ia adalah tidak bermakna. Pada hari Raja Yesus memasuki Yerusalem atas keldai-Nya, Dia pasti merasakan sukacita yang besar dalam pujian dan seruan hosana yang diterima-Nya sepanjang perjalanan-Nya. Sudah tentu iman dapat ditemui di Israel!
Namun, ada orang yang enggan berbuat demikian. "Beberapa orang Farisi yang turut dengan orang banyak itu berkata kepada Yesus: "Guru, tegorlah murid-murid-Mu." Jawab-Nya: "Aku berkata kepadamu: Jika mereka ini diam, maka batu ini akan berteriak" (Lukas 19:39,40). Allah akan disembah. Dia boleh membuat batu-batu bernyanyi sekiranya malaikat-Nya tercungap-cungap.
Tetapi Dia tidak akan melakukan itu kepada anda. Pada Hari Ahad Palma ini, sembahlah Hamba-Raja anda yang rendah hati, yang menunggang secara rela ke kematian-Nya supaya Dia dapat memberikan anda hidup. Lambaikan ranting-ranting palma anda; bertelut; serahkan hati anda; dan berikan Dia ketaatan, kemuliaan, dan kebaktian yang patut diterima-Nya.

Kitab
Perihal Pelan
Pelan bacaan ini akan membawa anda melalui musim Pra-Paskah, yang menyampaikan kisah-kisah yang menakjubkan tentang penderitaan, pengutukan, dan kematian Yesus Kristus menggantikan kita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.timeofgrace.org