The Legacy JourneySampel
Pakaian yang Diturunkan
Semasa kecil, datuk saya tinggal agak dekat kepada keluarga saya, jadi saya amat rapat dengannya. Namun, saya betul-betul mengenalinya apabila saya ke kolej kerana dia tinggal berdekatan dengan sekolah saya.
Saya ingat pergi ke rumahnya antara kelas atau makan tengah hari di sana bila mungkin. Masakan rumah yang percuma adalah penting kepada pelajar kolej! Dia menanam tomato yang baik, dan kami meletakannya dalam sandwic bologna kami. Pada masa itu, itulah yang terbaik.
Walau bagaimanapun, kenangan yang paling saya hargai adalah masa di mana kami duduk bersantai dan bercakap tentang kehidupan. Dia melihat segala sesuatu melalui mata datuk yang luar biasa, dan dia berkongsi kebijaksanaannya dengan saya. Dia merupakan orang yang amat kemas dan banyak mengajar saya.
Amsal 19:14 mengatakan bahawa rumah dan harta—dan, kita anggap, kebijaksanaan untuk mengendalikannya dengan betul—diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Apabila saya melihat ayat itu, saya menghargai warisan saya, dan saya amat menghargai datuk saya.
Bagaimana kalau anda ialah datuk yang menurunkan kebijaksanaan tentang pengendalian wang? Bagaimana kalau anda memiliki sejuta dollar dan mengajar anak serta cucu anda tentang cara menguruskan wang itu demi kemuliaan Allah? Saya akan melihat itu sebagai satu panggilan yang mulia. Saya akan duduk dengan lebih lurus dan mengambil tanggungjawab untuk membina warisan dengan lebih serius.
Malangnya, banyak keluarga menurunkan tradisi penggunaan dan sikap mementingkan diri dan bukan menegakkan bahu dan mengubah salasilah keluarga mereka. Meskipun itu adalah sejarah keluarga anda, anda boleh memutuskan pola toksik itu. Anda boleh membina—dan meninggalkan—warisan yang membuat perbezaan untuk generasi akan datang.
Ajarlah keluarga anda untuk mengendalikan wang Allah mengikut cara Allah. Berikan lebih daripada harta warisan sahaja. Berikan mereka kebijaksanaan untuk menggunakan kekayaan itu dengan baik demi kerajaan Allah.
Mewujudkan warisan yang kekal tidak berlaku secara kebetulan. Anda perlu bersikap sengaja, dan ia menjangkau melebihi wang sahaja. Iman dan nilai anda perlu dipelihara untuk mewujudkan tradisi yang kekal. The Legacy Journey akan memberikan anda rangka alkitabiah untuk menggandakan wang anda, melindungi masa depan keluarga anda, dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/legacy.
Kitab
Perihal Pelan
Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.
More