The Legacy JourneySampel
![The Legacy Journey](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F818%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Warisan Ibu Bapa
Dalam Lukas 9, Yesus memanggil seorang lelaki untuk "ikutlah Aku." Walau bagaimanapun, lelaki itu meminta kebenaran untuk mengebumikan bapanya dahulu, Yesus menjawab tidak.
Buat masa yang agak lama, saya tidak memahami mengapa Yesus berkata demikian. Apakah masalahnya membenarkan lelaki itu pergi ke upacara pengebumian bapanya? Selama bertahun-tahun, saya telah mendengar banyak ajaran tentang cerita ini, dan saya telah membaca banyak komentari dengan idea yang berbeza. Salah satu penjelasan yang paling menarik datang daripada pakar kewangan Larry Burkett.
Menurut Burkett, anda tidak memahami kata-kata Yesus sehingga anda memahami bahawa orang Yahudi melihat hubungan yang kuat antara wang dan kehidupan. Maka, "mati" mungkin bermaksud bapanya sudah mencapai umur persaraan dan tidak lagi menjanakan pendapatan. Pada waktu itu, anak lelaki yang sulung akan bangkit dan menguruskan kewangan keluarga, walaupun ibu bapanya masih hidup.
Jadi, apabila lelaki itu berkata bahawa dia perlu mengebumikan bapanya, dia mungkin memaksudkan, "Biarlah saya pergi jaga ibu bapa tua saya dan mewarisi harta warisan saya. Kemudian, mungkin dalam beberapa tahun, saya akan datang mengikut Engkau."
Para sarjana mungkin tidak bersetuju dengan maksud petikan ini, tetapi saya menyedari satu perkara: Jika saya tahu saya akan mewariskan kekayaan saya kepada anak saya sebelum saya mati dan masa keemasan saya bergantung kepada keupayaan mereka untuk menguruskan wang, saya akan memastikan bahawa mereka menjadi genius kewangan!
Secara jujur, itulah cara kita harus mengajar anak kita tentang wang. Cara terbaik untuk melindungi warisan anda adalah mula mewariskan kebijaksanaan kewangan kepada anak anda sejak mereka masih kecil.
Dalam Ulangan 6, Musa mencabar orang Israel untuk menanam kebenaran Allah dalam jiwa anak mereka setiap kali ada kesempatan—pagi, petang dan malam. Musa memahami bahawa ibu bapa adalah mentor utama anak mereka dalam setiap lingkungan kehidupan, termasuk wang.
Ia masihlah benar sekarang. Maka, ajarlah anak anda untuk menguruskan wang mengikut cara Allah—seolah-olah hidup anda bergantung padanya.
Tidak terlalu awal untuk mengajar anak anda tentang wang. Generation Change merupakan satu set pengajian Alkitab yang direka bentuk untuk memberikan anak remaja anda dasar alkitabiah yang kukuh bagi kehidupan dan wang. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/gc.
Perihal Pelan
![The Legacy Journey](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F818%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.
More
Pelan yang Berkaitan
![Lebih Baik Bersama](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1650%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Lebih Baik Bersama
![Prinsip Pengurusan Masa Daripada Firman Allah](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F11397%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Prinsip Pengurusan Masa Daripada Firman Allah
![Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle Idleman](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1321%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle Idleman
![Kemuliaan Raja](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F3490%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Kemuliaan Raja
![Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam Tuhan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1041%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Oswald Chambers: Sukacita - Kekuatan di dalam Tuhan
![Menggunakan Masa Anda untuk Allah](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1355%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Menggunakan Masa Anda untuk Allah
![Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam Roh](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1032%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam Roh
![Berdoa Untuk Gajah Anda - Mengucapkan Doa yang Berani](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F1286%2F320x180.jpg&w=640&q=75)