The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 26 DARIPADA 31

Warisan Generasi

Warisan yang hidup lebih lama daripada anda bukanlah tentang materialisme. Ia bukan tentang pembinaan kekayaan untuk manfaat diri sendiri ataupun membina kekayaan supaya anak anda tidak perlu bekerja lagi. Ia adalah tentang suatu proses yang tetap sepanjang hayat dan mengajar anak anda untuk mengendalikan wang mengikut cara Allah kerana itulah panggilan keluarga anda.

Lebih penting lagi, menurunkan kekayaan generasi untuk kerja Allah adalah alkitabiah. Alkitab memberikan beberapa contoh keluarga yang membina dan menguruskan kekayaan mereka demi kemuliaan Allah.

Contohnya, Alkitab berkata bahawa Daud ialah seorang yang menyenangkan hati Allah, dan hasrat terbesarnya adalah untuk membina rumah Allah di Yerusalem. Namun, Tuhan memutuskan bahawa Salomo, anak lelaki Daud, akan membinanya.

Jadi, apakah yang dilakukan Daud? 1 Tawarikh 29 memberitahu kita bahawa dia menurunkan kekayaan peribadinya—wang yang sangat banyak—kepada Salomo untuk projek rumah Allah itu. Sebenarnya, seorang ahli ekonomi telah menganggarkan bahawa warisan Daud bernilai sekurang-kurangnya $21 bilion dollar pada hari ini.

Ada kalanya, kita fikir Daud sebagai gembala dengan hap atau pahlawan muda dengan lastik. Walau bagaimanapun, raja Daud merupakan seorang jutawan! Dia merupakan Bill Gates atau Warren Buffet pada zamannya. Dia telah menurunkan kekayaan itu kepada anak lelakinya, yang menggunakan wang tersebut untuk membina rumah Allah yang mengarahkan dunia kepada Allah!

Itulah cara yang betul. Warisan generasi memanggil keluarga untuk menguruskan wang demi kemuliaan Allah sekarang dan pada masa akan datang. Tanggungjawab tidak mati dengan ketua keluarga; ia diturunkan kepada generasi seterusnya.

Itu menuntut tahap pengurusan yang berbeza—satu tahap yang mengembangkan kerajaan Allah dari generasi ke generasi. Mulalah merancang cara anda akan melaksanakan penyerahan generasi dalam keluarga anda dan mula menyediakan ahli keluarga anda untuk peralihan itu. Itu merupakan sebahagian tanggungjawab anda jika anda ingin membina warisan yang hidup lebih lama daripada anda.

Mewujudkan warisan generasi memerlukan perancangan dan persediaan. The Legacy Journey akan memberikan anda pemahaman yang lebih mendalam tentang pelaburan, perancangan estet asas, melindungi warisan keluarga anda, dan menemui kunci kekayaan generasi dan kemurahan hati yang sebenar. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/legacy.

Hari 25Hari 27

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy