The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 29 DARIPADA 31

Memberi dengan Senang Hati

Saya percaya bahawa memberi adalah perkara yang paling menyeronokkan, yang melibatkan wang. Anda mungkin sibuk membeli benda untuk diri dan keluarga anda, dan itu adalah baik. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang amat seronok tentang memberi untuk memenuhi keperluan orang lain. Ia amat mengujakan! Ada kalanya saya tertanya-tanya siapa yang menerima berkat yang lebih besar, saya ataupun orang yang menerima hadiah itu.

Biasanya, saya rasa sayalah yang lebih diberkati!

Paulus memberitahu orang Kristian di Korintus bahawa memberi tidak harus menjadi kerja yang membosankan atau satu kewajipan. Ia tidak harus menyebabkan kita murung. Ia harus meriangkan hati kita. Kita telah dipanggil untuk menjadi pemberi yang senang hati! Itulah sikap yang membuat Allah senyum. Dia merupakan seorang pemberi, dan kita telah dicipta seperti-Nya.

Dalam bahasa Yunani Perjanjian Baru, perkataan "senang hati" berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris "menggelikan hati." Maka, kita boleh melihatnya dan berkata, "Allah suka pemberi yang menggelikan hati." Bayangkan keadaannya apabila gereja anda mengedarkan bag persembahan pada pagi hari Ahad. Setiap orang akan ketawa semasa mengedarkan bag itu!

Memang melucukan berfikir tentang itu, tetapi ia adalah huraian yang tepat tentang bagaimana kita telah dipanggil untuk mendekati pemberian. Tidaklah sopan untuk senyum atau tertawa kecil. Sekiranya sesuatu adalah menggelikan hati, ia menyebabkan kita tertawa terbahak-bahak. Ia bermula dari hujung jari kaki dan tersebar ke seluruh badan. Perangsang demikianlah yang harus dialami daripada pemberian yang murah hati.

Sebaliknya, mereka yang berpegang ketat pada wang kerap kekurangan kreativiti. Mereka juga kekurangan keghairahan untuk hidup kerana semua tenaga mereka tertumpu pada melindungi benda material mereka. Namun, kemurahan hati membebaskan anda. Ia membebaskan keghairahan salih dalam anda dan membenarkan anda untuk mencapai potensi sepenuh anda.

Menilai sikap anda terhadap pemberian. Mintalah Allah untuk membebaskan anda untuk menunjukkan kemurahan hati yang menggelikan hati. Penting sekali, pemberian yang senang hati menyemarakkan The Legacy Journey. Apabila semua ikhtiar gagal, kemurahan hati menang. Anda tidak mungkin kalah apabila anda memilih kemurahan hati.

Apabila anda bersedia untuk benar-benar memberi, perancangan dan sikap berhati-hati diperlukan untuk membuat anda rasa diperkasakan untuk memberi sepenuhnya. The Legacy Journey akan membimbing anda melalui nisbah pemberian yang penting dan mengajar anda rancangan yang kukuh untuk membantu anda mulakan kehidupan yang murah hati. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/legacy.

Hari 28Hari 30

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy