The Legacy JourneySampel
The Legacy Journey
Beberapa tahun yang lalu, saya kehilangan segala-galanya. Pada usia 26 tahun, saya memiliki harta tanah bernilai $4 juta, tetapi saya telah membina seluruh empayar saya atas hutang dan keputusan yang tidak bijak. Jadi, apabila bank mula meminta penjelasan pinjaman, segalanya hancur musnah. Pada usia 30 tahun, saya jatuh bankrap.
Saya menemui Allah semasa saya berjaya. Namun, saya betul-betul mengenali-Nya apabila saya gagal! Apabila saya lebih mengenali-Nya, saya mula melihat beberapa prinsip asas wang daripada Alkitab. Saya belajar tentang tidak berhutang, hidup berjimat, hidup tanpa melebihi pendapatan saya, dan tentang menyimpan serta melabur. Ia mengejutkan saya. Saya hampir-hampir dapat mendengar Dia berkata, "Bangun! Kamu mengikut jalan yang salah!"
Di samping bangun, saya juga sedar bahawa saya perlu bertumbuh. Saya perlu mengembangkan pandangan yang matang tentang kekayaan, pandangan alkitabiah yang mengakui pemilikan Allah dan tanggungjawab saya untuk menguruskan sumber-Nya demi kemuliaan-Nya.
Itu merupakan perspektif Salomo dalam Pengkhutbah 5:19. Kekayaan adalah pemberian Allah, tetapi Dia memberinya untuk satu tujuan. Dia menjangka kita untuk menggunakan apa yang diberi-Nya untuk membina kerajaan-Nya dan untuk menetapkan warisan yang akan membawa kemuliaan kepada-Nya untuk masa akan datang.
Dalam tempoh 30 hari yang akan datang, anda akan mendalami maksud membina warisan tersebut. Anda akan belajar apa yang dikatakan Alkitab tentang kekayaan dan cara memastikan bahawa kekayaan tidak mengawal anda dan keluarga anda. Anda akan belajar menikmati pemberian Allah sementara menggunakannya untuk membawakan perbezaan dalam kawasan kejiranan anda dan di seluruh dunia.
Anda perlu memahami bahawa ini adalah satu perjalanan. Membina warisan yang salih memakan masa dan usaha. Ia memerlukan disiplin dan komitmen. Ia adalah perjalanan yang mencabar.
Walau bagaimanapun, ia pastilah perjalanan yang berbaloi.
Adakah anda ingin mendalami apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kekayaan? The Legacy Journey adalah kelas berdasarkan Alkitab yang baru, yang memberikan anda kerangka untuk hidup secara sengaja sekarang supaya anda boleh meninggalkan warisan yang akan menjamin masa depan keluarga anda dan memberikan kesan yang kekal pada dunia ini. Layari daveramsey.com/legacy untuk ketahui lebih lanjut.
Kitab
Perihal Pelan
Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.
More