The Legacy JourneySampel
Sekarang: Menyara Keluarga
Saya memerhatikan bahawa orang menjalani suatu proses semula jadi tentang pengurusan wang. Pada mulanya mereka adalah pokai—lewat membayar bil dan cuba membekalkan makanan kepada keluarga. Sharon dan saya pernah mengalaminya. Sudah lama sejak itu, tetapi saya masih mengingatinya. Mungkin itulah keadaan anda sekarang.
Dalam rangka alkitabiah The Legacy Journey, peringkat ini dikenali sebagai Sekarang. Ia adalah peringkat di mana kepala anda ditundukkan dan anda hanya berfikir tentang sekarang, sekarang dan sekarang. Anda ditenggelami apa yang sedang berlaku. Semuanya berada di depan anda, dan anda tidak dapat membayangkan masa depan kerana anda cuba bertahan pada masa sekarang.
Di sini ada beberapa berita baik. Jika itulah keadaan semasa anda, anda betul-betul perlu menumpukan perhatian pada Sekarang. Anda perlu bersikap serius tentang keadaan semasa anda. Sebenarnya, mengatasi Sekarang adalah langkah pertama dalam perjalanan warisan anda kerana di sinilah anda mengawal wang anda dan mula membersihkan kekucar-kaciran kewangan. Anda memastikan Empat Dinding anda—makanan, tempat tinggal dan kemudahan awam, pakaian dan pengangkutan—siap diatur dan bahawa keluarga anda dilindungi.
Dalam 1 Timotius 5:8, Paulus mengatakan bahawa orang percaya bertanggungjawab memelihara keluarga mereka. Dia berkata bahawa orang yang tidak berbuat demikian adalah "lebih jahat daripada orang yang tidak beriman." Peringkat Sekarang mendesak anda untuk menjaga keluarga anda dahulu, supaya ia adalah tempat yang baik. Anda tidak mahu berhenti di situ, tetapi hampir selalunya anda bermula di situ.
Jika anda berada di peringkat Sekarang, semaklah bil anda dan sediakan belanjawan. Pastikan keluarga anda terjamin supaya anda boleh beralih ke peringkat proses yang seterusnya: Kemudian, Kami dan Mereka. Kita akan membincangkan tiga peringkat ini pada beberapa hari akan datang.
Jika anda bergumul untuk menemukan kestabilan dan kebebasan kewangan, sekarang adalah masa untuk mengatur wang anda. Financial Peace University adalah kelas berdasarkan Alkitab yang mengajar cara mengendalikan wang mengikut cara Allah. Pelajari cara menghapuskan hutang, mengurus wang dan berbelanja serta menyimpan dengan bijak. Layari daveramsey.com/fpu untuk ketahui lebih lanjut.
Kitab
Perihal Pelan
Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.
More