The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 6 DARIPADA 31

Demi Kenikmatan Kita

Saya perlu memberitahu anda sesuatu terlebih dahulu. Jika anda melakukan perkara yang kami bincangkan untuk suatu tempoh masa, anda akan membina kekayaan. Itu bukanlah janji teologi kemakmuran yang ajaib. Ia adalah sesuatu yang kita lihat dengan jelas dalam Alkitab. Kemakmuran kerana tekun, dan pengurus yang setia memperoleh lebih banyak untuk diuruskan.

Walau bagaimanapun, Alkitab jugalah jelas tentang satu perkara yang lain. Wang boleh membahayakan. Ia merupakan satu alat yang berkuasa, dan itulah sebabnya mengapa Allah tidak memberikannya kepada anak rohani. Kekayaan boleh mengabui mata, maka, anda perlu mendekatinya dengan sikap yang matang.

Satu kesalahan besar manusia—termasuk ramai orang Kristian—berkenaan wang adalah keliru antara Pemberi dan benda yang diberi-Nya. Wang cumalah satu kaedah yang digunakan Allah untuk membawa kita melalui Sekarang, Kemudian, Kami dan Mereka. Ia adalah satu alat. Namun, kita tidak menyembah alat. Kita tidak menyembah kaedah. Kita menyembah Pemberi itu.

Dalam 1 Timotius 6:17, Paulus menulis bahawa Allah memberikan kita benda material untuk dinikmati. Daripada perspektif Allah, kekayaan tidak jahat, dan kekayaan tidak menjadikan manusia jahat. Itu adalah bohong yang disebarkan oleh budaya kita, tetapi ia bercanggah dengan apa yang dikatakan Alkitab. Allah mahu kita menggunakan apa yang telah diberikan-Nya kepada kita sepenuhnya. Namun, kita perlu berhati-hati.

Paulus juga mengatakan bahawa kita tidak boleh bergantung kepada "barang-barang yang tidak tetap." Hati manusia cenderung menyembah pahala. Sekiranya anda adalah tidak matang secara rohani, wang yang banyak mudah menjadi pahala. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memperoleh nilai atau jaminan hidup anda daripada kekayaan. Ia akan mengecewakan anda setiap kali.

Martin Luther pernah berkata, "Saya pernah menggenggam banyak benda, dan saya telah kehilangan semuanya; tetapi apa jua yang saya letakkan pada tangan Allah, masih dimiliki saya." Dengan kata lain, jangan lupa bahawa Allah memiliki segala sesuatu. Berusahalah untuk menjadi pengurus yang setia terhadap segala sesuatu yang diberikan-Nya kepada anda. Nikmatilah benda baik dengan berkat Allah—pastikan benda baik itu tidak memiliki anda.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy