The Legacy JourneySampel
Keselamatan dengan Nasihat
Dahulu semasa saya mula menjual rumah, saya menyedari bahawa saya mempunyai satu masalah besar. Saya sedar adalah sukar dipercayai, tetapi saya bercakap terlalu banyak. Saya akan menghujani klien dengan butir-butir tentang ciri, kontrak, statistik kawasan dan sebagainya. Lebih banyak kali daripada yang ingin saya akui, saya memujuk klien untuk tidak membeli.
Akhirnya, saya faham mendengar adalah lebih baik. Saya juga mempelajari cara untuk tidak merumitkan lagi proses itu dengan terlalu banyak kata-kata yang tidak berguna.
Pelaburan boleh menjadi seperti itu. Apabila "pakar" mula bercakap tentang opsyen dan teknik serta strategi, mata anda mungkin memandang kosong. Akibatnya, anda sama adanya mengaku kalah sepenuhnya atau menandatangani apa sahaja yang diletakkan di depan anda oleh penasihat anda—kedua-duanya bukanlah tindakan yang bijak.
Kebenarannya adalah kebanyakan orang yang membina kekayaan bersifat sederhana. Sebenarnya, anda tidak harus melabur dalam apa-apa yang tidak difahami, dan anda tidak harus membeli apa-apa yang tidak dapat anda jelaskan kepada orang lain.
Ini adalah masanya di mana pengaplikasian kebenaran Amsal 11:14 dalam perancangan kewangan anda adalah berguna. Penasihat yang bijak duduk bersama dengan anda dan membantu anda memahami apa yang perlu diketahui dan mengapa. Mereka juga membantu anda untuk mengelakkan daripada membuat keputusan yang akan dikesali kemudian.
Saya tidak memaksudkan orang yang menghina anda atau membuat anda rasa bodoh. Saya tidak memaksudkan seseorang yang ingin menakuti anda. Mereka ada di luar, dan mereka hanya perlu mendengar dua perkataan daripada anda: "Kamu dipecat!"
Sebaliknya, anda memerlukan seorang penasihat yang bijak, yang mempunyai hati seorang guru. Penasihat kewangan adalah ahli yang amat penting kepada pasukan anda, jadi, carilah seseorang yang akan menjelaskan segala sesuatu dan memimpin anda ke arah keputusan yang terbaik.
Warisan anda menghadapi risiko akan tergugat. Bergantunglah pada penasihat yang akan menetapkan anda pada jalan yang betul.
Jika anda inginkan nasihat pelaburan daripada seseorang dengan hati seorang guru, hubungi Penyedia Tempatan yang Dilantik (Endorsed Local Providers) oleh pihak kami. Mereka adalah pakar di bandar anda, yang dapat membantu anda merancang pelaburan masa depan anda. Untuk ketahui lebih lanjut, layari daveramsey.com/elp.
Kitab
Perihal Pelan
Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.
More