The Legacy JourneySampel
Menemukan Harta Karun Anda
Dalam bukunya Thou Shall Prosper, Rabi Daniel Lapin memberikan satu metafora yang indah tentang kehidupan berpuas hati yang seimbang. Dia menggambarkan bagaimana keluarga Yahudi berkumpul pada setiap malam Sabat untuk meraikan Havdalah sebagai persediaan untuk minggu akan datang.
Semasa kebaktian, seorang ahli keluarga akan menuangkan wain ke dalam cawan yang diletakkan di atas piring. Apabila wain melimpahi cawan itu, ia mula memenuhi piring di bawah. Ideanya adalah sementara kita menjaga kehidupan kita dan keluarga kita (memenuhi cawan), kita juga memfokus pada memberikan sedikit limpahan untuk memberkati orang lain.
Itulah yang kita harus amalkan. Alkitab menjelaskan bahawa kita telah dipanggil untuk memenuhi keperluan keluarga kita sebelum perkara yang lain (1 Timotius 5:8). Walau bagaimanapun, kita juga perlu peka terhadap cara di mana kita boleh melayani orang lain. Selagi kita mengekalkan sikap itu, adalah lebih mudah untuk tetap berpuas hati dengan apa yang telah diberikan kepada kita.
Memandangkan tiada wang yang kudus atau tidak kudus, adalah okey untuk memenuhi cawan anda—untuk membina kekayaan dan memiliki benda yang baik. Namun, saya sentiasa menasihati orang untuk berdoa tentang apa yang perlu dilakukan untuk memenuhi cawan mereka. Cawan anda bukanlah kolam renang, tetapi ia bukan jidal juga. Sekali lagi, anda perlu mempunyai perspektif yang seimbang.
Jika anda menumpukan sumber anda pada diri sendiri, hati anda dipenuhi diri anda sahaja. Jika anda memfokus pada menimbunkan barang dan tidak memberi atau tidak berbelanja untuk keluarga anda, anda akan menjadi seorang bakhil. Anda perlu memeriksa motif anda.
Itu merupakan hujah Yesus dalam Lukas 12:34. Bercakap tentang pendekatan yang matang berkenaan wang, Dia mengatakan bahawa kita harus berhati-hati dengan harta kita kerana hati kita akan mengikutnya.
Biarlah Havdalah mengingatkan anda untuk merancang sesetengah limpahan untuk orang lain. Renungkan juga tentang sifat Allah sebagai pemberi dengan menyeimbangkan hati anda dan harta karun anda dengan betul. Ini menghasilkan kepuasan, dan ia akan memimpin anda dengan baik sepanjang The Legacy Journey.
Kemurahan hati yang sebenar mencerminkan panggilan Allah dalam hidup kita, tetapi ia memerlukan perancangan dan sikap berhati-hati untuk memberi sepenuhnya. The Legacy Journey akan membimbing anda melalui nisbah pemberian yang penting dan rancangan yang kukuh untuk membantu anda mulakan kehidupan yang murah hati. Ketahui lebih lanjut di daveramsey.com/legacy.
Perihal Pelan
Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.
More